Rumah paling mahal di dunia sudah tidak digunakan dan ditinggalkan kerana pemiliknya percaya jika berpindah ke situ akan membawa nasib buruk.
Menara 27 tingkat berharga 1 bilion dolar di Mumbai, yang dipanggil Antilia, dibina untuk manusia terkaya di India, Mukesh Ambani - yang disenaraikan oleh Forbes sebagai orang yang kesembilan terkaya di dunia dengan kekayaan $27 billion dolar.
Tetapi spekulasi telah berkembang kenapa Encik Ambani, isterinya Nita, dan kedua-dua anak mereka tidak berpindah ke rumah baru mereka yang terlampau mewah ini.
Menurut laporan, keluarga Ambani risau berkenaan bangunan itu tidak selaras dengan prinsip-prinsip seni bina purba India vastu shastra (versi Hindu feng shui), dan enggan untuk menetap di situ kerana takut rumah akan laknatkan mereka dengan nasib malang.
Tetapi pemiliknya kembali pada akhir setiap parti ke rumah asal mereka, tidak pernah tinggal bermalam di situ.
Vastu, falsafah yang memberi panduan pada senibina kuil Hindu, menekankan kepentingan menghadap matahari terbit - dan walaupun jumlah yang mengejutkan telah dibelanjakan untuk Antilia, sebelah timur bangunan tidak mempunyai tingkap yang cukup atau bukaan lain untuk membolehkan penghuni-penghuninya menerima cahaya pagi yang mencukupi.
Sebagai ganti dari berpindah ke rumah impian mereka, Ambanis terus tinggal di menara yang lebih sederhana, pangsapuri 14 tingkat di hujung selatan bandar dimana mereka berkongsi, di tingkat yang berbeza, dengan seluruh keluarga mereka.
Seorang jurucakap Industri Reliance syarikat Encik Ambani, menolak soalan mengenai sama ada keluarga itu enggan tinggal di Antilia sebagai gosip terbiar.
[Mail Online]
Akibat mendapat rezeki yang terlampau, bukan nak bantu orang-orang yang miskin dan susah (sedangkan di India sana ramai sangat orang-orang miskin), tapi bina pula mahligai ntah hapa hapa ntah .. rezeki dari Tuhan adalah ujian buat manusia, untuk melihat ke mana rezeki tersebut dibelanjakan .......
Sebab itu harta yang kita miliki bukan milik kita, dan di dalamnya ada hak-hak orang lain juga. Contoh mudah, seseorang menjadi kaya tidak semestinya semua kerana usahanya, tetapi mungkin kerana harta pusaka, dan mungkin kerana jerih-perit orang-orang bawahannya buat kerja, dia cuma perlu sediakan modal permulaan dan mengarah saja.
Begitu juga bukan semuanya kerja bersungguh-sungguh itu dapat pulangan banyak. Ada yang bekerja bagai nak mati, tapi dapat sikit. Ada yang kerja relaks je, tapi dapat banyak.
Yang paling penting, semua itu adalah ujian buat kita. Yang kaya diuji dengan kekayaannya, nak tengok sama ada dia sombong, kedekut, dan berlagak atau tidak. Dan yang miskin pula diuji dengan kemiskinannya, nak tengok sama ada dia hasad-dengki, nak mencuri, bersyukur atau tidak ....... :)
cantik woh hiasan dalaman tempat ni.....
BalasPadamjom kita gi sana. mungkin apa yang tak baik bagi mereka tapi baik buat orang lain.
tapi kan, tak mau lah rasanya. ditengah2 kota tu. cam sesak jer tmpat nyer.
cam tak best pemandangan nya. 27 tingkat jer tu...
hmmm.... mungkin boleh buat location utk shooting filem2 hindustan..