Berita Terkini

Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais meninggal dunia

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia
KUALA LUMPUR 11 Okt 2011 - Seniman Datuk Ahmad Jais, 75, meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi.

Allahyarham merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Antara lagu yang pernah dipopularkan seperti 'Azizah', 'Bahtera Merdeka' dan 'Di Ambang Sore'.

Sekitar hujung Februari lalu, Dato’ Ahmad Jais di’masukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat sesak nafas. Tapi dia dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan.

Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu.

Setakat ini belum ada maklumat rasmi tentang punca sebenar pemergian Dato’ Ahmad Jais.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.

AlFatihah ....... Semoga roh Allahyarham mendapat rahmat dan berbahagia di sana ..

[Berita Harian , Malaysian Digest , Harian Metro , Wikipedia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.