Berita Terkini

Rasulullah ditunjukkan gambaran tentang umatnya pada Dinding Bilik

Imam at-Thabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Ahmad, telah menceritakan kepada kami Uqbah ibnu Makram, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar al-Hanafi, telah menceritakan kepada kami Daud ibnul Jarud, dari Abus Salil, dari Huzaifah ibnu Usaid, dari Nabi S.a.w yang telah bersabda;

عرضت على أُمَّتِى البارحة لدى هذه الحجرة أولها إلى آخرها

"Telah dinampakkan kepadaku perihal umatku malam tadi, dari yang pertama hingga yang terakhir, pada (dinding) kamar ini."

Maka seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah, telah dinampakkan kepadamu manusia yang telah diciptakan. Maka bagaimanakah dengan manusia (dari kalangan umatmu) yang belum diciptakan?" 

Rasulullah S.a.w menjawab;

صوروالي في الطين حتى اني لأعرف بالإنسان منهم من احدكم بصاحبه

"Gambar mereka ditampilkan kepadaku pada dinding tanah liat ini, sehingga aku lebih mengenal seorang demi seorang dari mereka daripada seseorang di antara kalian terhadap temannya."

Imam at-Thabrani meriwayatkannya juga dari Muhammad ibnu Utsman ibnu Abu Syaibah, dari Uqbah ibnu Makram, dari Yunus ibnu Bukair, dari Ziyad ibnu Munzir, dari Abu Tufail, dari Huzaifah ibnu Usaid dengan sanad yang sama dan lafaz yang semisal.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah Yunus, ayat 46]



p/s: Sila rujuk ahli Tafsir Al-Quran untuk pengesahan lanjut. Tulisan di atas hanyalah cedokan dari kitab tafsir karangan ulama besar kita. Wallahu a'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.