Foto oleh: John W Ferguson/Getty Images
Jon Bon Jovi , vokalis kumpulan Bon Jovi telah membuka sebuah restoran di negeri dari mana dia berasal, New Jersey, AS. Restoran berslogan 'pay-what-you-can' itu dibuatnya untuk keluarga-keluarga berpendapatan rendah.
Penyanyi 'Livin on a Prayer' ini telah merasmikan premisnya yang bernama The Jon Bon Jovi Soul Kitchen itu di Red Bank, New Jersey, Rabu (19/10/2011).
Dia mengaku bahawa tujuannya adalah memberi alternatif santapan segera yang layak bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah. "Satu daripada lima rumah tangga hidup di garis kemiskinan atau di bawahnya, sementara satu daripada enam orang Amerika terdedah untuk mendapatkan makanan yang layak, inilah restoran untuk mereka. Ini sebuah tempat oleh dan untuk komuniti," terangnya.
Restoran itu, yang berada berhampiran kampung halaman Jon, Sayreville, bermula dari sebuah dapur komuniti yang menyediakan makanan di pelbagai lokasi. Kini, sebuah garaj berukuran 1,100 kaki persegi telah diolah menjadi tempat tetapnya.
Para pelanggan restoran tersebut boleh memilih membayar hidangan mereka atau menikmati santapan secara percuma dengan bekerja sebagai sukarelawan. Menu yang sedia diperbuat dari daging hingga sayur-sayuran.
Walaupun demikian, Jon menekankan, dia tidak akan ikut menyiapkan hidangan apa pun kerana dia tak boleh memasak. "Saya ahli mencuci kelengkapan makan-minum, tapi saya tidak boleh memasak. Tapi, gambarkan restoran paling bagus di kampung halaman anda, itulah tempat ini. Ini merupakan restoran berpenampilan paling menarik di bandar ini," katanya.
[Kompas , The Guardian]
Yang baik boleh juga dijadikan tauladan. So, macam mana dengan artis tempatan, terutamanya yang banyak wang? Ada yang sanggup buka restoran sebegini dan bantu keluarga-keluarga miskin? ;)
Semoga Jon Bon Jovi diberi hidayah oleh Allah kepada Islam suatu masa nanti .......
Semoga Jon Bon Jovi diberi hidayah oleh Allah kepada Islam suatu masa nanti .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)