Berita Terkini

Berjuta ikan ditemui mati di China

Pada bulan Mac lalu, berjuta ikan ditemui mati di King Harbor, Redondo Beach, dekat Los Angeles, Amerika Syarikat. Kejadian itu adalah 2 hari sebelum gempa bumi skala 9.0+ di Jepun.

Berjuta ikan ditemui mati di China
Foto kredit: China Daily

Baru-baru ini pula (dalam 30 Ogos), berjuta ikan mati terapung ditemui di Sungai Minjiang, China, sama keadaannya seperti yang ditemui di AS dulu.

What's on Xiamen, satu sumber berita China, melaporkan bahawa berjuta-juta banyaknya ikan yang telah mati dijumpai terapung di bahagian besar di Sungai Minjiang merentasi dari Huangtian di Gutian County, ke Shuikou, satu kawasan yang mewakili pembiakan ikan kap rumput terbesar rantau itu dalam Wilayah Fujian, China. Sebanyak lebih kurang 9 juta ikan telah dilaporkan mati di Huangtian sahaja.

"Semua ikan di Huangtian terapung di sungai pada 27, 28 dan 29 Ogos," kata Wei Maoci kepada pemberita Cina. Maoci, yang memiliki kawasan belaan ikan sendiri, adalah petani pertama yang mengalami kematian ikan secara besar-besaran dan tidak dapat dijelaskan dan beliau dilaporkan kerugian kira-kira $470,000 dolar, nilai hasil ikannya.

"Ikan mula untuk mati walaupun kita memberi lebih banyak oksigen. Kira-kira ikan dalam 100 sangkar mati dalam masa dua jam. Kami semua kehilangan harta keluarga. Mereka dengan perusahaan kecil (disokong oleh ternakan ikan) rugi sekurang-kurangnya 200,000 ke 300,000 yuan (kira-kira $31,000 ke $47,000 dolar). "

Sesetengah penternak ikan dilaporkan percaya ianya akibat pencemaran air dari industri yang berdekatan, termasuk daripada kilang-kilang syarikat ubatan yang menghasilkan antibiotik, mungkin bertanggungjawab membunuh ikan. Tetapi pihak berkuasa alam sekitar China di kawasan tersebut telah menyatakan bahawa ikan mati kerana 'kekurangan oksigen', yang mana mereka tidak mempunyai penjelasan.

Sejak ikan mati di China berlaku, tiada gempa bumi magnitud yang sama dengan gempa bumi Jepun direkodkan berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat gempa bumi 6.5 magnitud di Mongolia yang berlaku pada 27 Ogos, serta gempa bumi 6.8 magnitud di Asia Tenggara pada 30 Ogos. Yang terbesar telah berlaku gempa bumi 7.1 magnitud melanda berhampiran Alaska pada 2 September (http://www.iris.edu/seismon/).

[Natural News]


Seperti biasa jika wujud keadaan sebegini maka akan muncul juga teori konspirasi. Kerana sebelum-sebelum ini, disyaki ada beberapa kejadian gempa bumi yang disebabkan oleh HAARP, yang mana kesan sebelum berlakunya akan menyebabkan banyak ikan mati di lautan atau sungai.  Wallahu a'lam :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.