Berita Terkini

Tenaga kerja asing ramai kerana rakyat tempatan tidak minat sektor perladangan dan pembinaan?

Bernama melaporkan bahawa Malaysia masih kekal di tangga kedua (dalam pemerhatian) dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata dalam laporan itu juga beberapa isu turut dibangkitkan antaranya berkaitan lebihan pengambilan pekerja asing yang seterusnya mendorong kepada berlakunya buruh paksa di negara ini.

"Secara amnya negara ini masih memerlukan antara tiga hingga empat juta tenaga kerja terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan, memandangkan kebanyakan rakyat tempatan enggan mengisi kekosongan tersebut."

Saya hairan dengan kata-kata Ketua Pengarah Imigresen di atas, yang senang-senang mengatakan tenaga kerja asing dipakai kerana kebanyakan rakyat tempatan enggan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Sedangkan dari dulu lagi, tidak ada pun diwartakan dalam televisyen ke, radio ke secara meluas tentang peluang pekerjaan itu. Saya sendiri pun dari dulu tidak pernah dengar ramai yang nak dipakai, sampai lah sekarang baru mereka bising.

Kalau betul nak pakai tenaga kerja tempatan, apa gunanya televisyen dan radio kalau tidak dihebahkan dengan meluas dan buat betul-betul?  Kalau betul-betul ikhlas mahu pakai tenaga kerja tempatan , kenapa tidak hebahkan dan cari dulu pekerja tempatan sampai lah tak ada langsung orang nak. Zaman penuh dengan media dan alat komunikasi, tak kan tak boleh betul-betul cari pekerja? Takkan nak harapkan pekerja saja yang sentiasa mencari, sedangkan orang ramai bukannya tahu belaka mana-mana yang ada kosong kalau pihak majikan tidak hebahkan.

Tetapi dari dulu lagi , sikit demi sikit angkut pekerja asing. Kenapa tidak mengaku saja bahawa BAYARAN untuk pekerja asing itu jauh lebih murah, menguntungkan pihak majikan, sebab itu lah tenaga kerja asing mahu dipakai.

Saya terkilan dengan alasan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Imigresen di atas. Betul-betul terkilan kerana dulu payah sangat nak dapat kerja. Dan tak pernah terdengar pun bahawa banyak sangat kerja kosong di bahagian perladangan. Cuma yang pembinaan tu mungkin kadang-kadang ada juga didengar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.