Pasukan dokumentari TV Korea terus mencari kebenaran di sebalik pil yang diproses dari bayi mati, dan apa yang mereka dapati adalah mengejutkan.
Mereka mengesan hospital di China yang menjual bayi meninggal dunia, kebanyakannya keguguran atau mati ketika lahir, kepada syarikat-syarikat perubatan.
Menurut dokumentari yang dibuat oleh SBS TV di Korea Selatan, bahan bayi datang dari kelahiran mati dan klinik pengguguran, dan yang dihasilkan oleh proses pengeringan ketuhar gelombang mikro.
Antara kaedah yang dibuat oleh mereka, mula-mula bayi mati itu diletak dalam peti sejuk. Kemudian mereka letak dalam ketuhar gelombang mikro. Setelah kering, mereka mengisarnya, dan sumbat serbuknya ke dalam kapsul pil.
SBS mendakwa ujian DNA mendapati, 99.7% bahan dari manusia disumbat ke dalam kapsul itu.
Perniagaan pil bayi yang mati itu dibuat secara rahsia dan mahal, tetapi tidak tanpa keizinan ibu si mati. Plasenta kering gelombang mikro adalah satu lagi jenama pil yang secara terbuka dibuat oleh syarikat perubatan ini.
Dokumentari ini telah disiarkan pada 6 ogos 2011 dalam SBS TV di Korea Selatan.
[newdaily.co.kr , Geekosystem]
Dulu pernah dijumpai sebuah tempat di China dimana ramai penduduk di situ yang makan sup bayi kerana seks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)