Berita Terkini

3 beradik mati lemas ditolak bapa ke dalam kolam

Foto kredit: jakeoftheweb.com
3 beradik mati lemas ditolak bapa ke dalam kolam
Semakin camam-camam dah bapa zaman sekarang, hampir seperti cerita di zaman jahiliyyah iaitu bapa membunuh anak sendiri. Semoga dijauhkan dari kita semua, na'uzubillah.

KLUANG 23 Ogos  -  Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd Fawzi berkata pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.

Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit di rumahnya malam tadi, yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya. 

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

[Bernama]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.