Berita Terkini

Makam Tok Gajah dipuja untuk dapatkan nombor ekor

Tok Gajah atau nama sebenarnya Imam Rasu bin Shahrum adalah seorang pahlawan Melayu terkenal yang menentang penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun pada 1893/1895.

Malangnya, makam beliau kini yang berada di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu telah dijadikan sebagai tempat pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor oleh tahi-tahi judi, lapor Harian Metro hari ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati makam tokoh yang meninggal dunia pada 1901 itu tidak terurus dan menurut cerita penduduk kampung, ia turut menjadi tumpuan perbuatan khurafat kaki judi yang dipercayai orang luar.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) Kampung Pasir Nering, Ariffin Jusoh, 55, berkata, berdasarkan laporan penduduk, makam berkenaan saban tahun dicemari dengan kegiatan pemujaan nombor ekor.

“Paling baru sekumpulan kaki nombor ekor dilihat penduduk memasuki kawasan makam itu pada Februari lalu dan dipercayai menjalankan kegiatan pemujaan bermula jam 12 malam hingga awal pagi.

“Penduduk hanya menyedari perbuatan khurafat itu apabila melihat kesan lilin yang ditinggalkan di kawasan makam berkenaan keesokannya.


Sejarah ringkas Tok Gajah

Beliau merupakan Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

[Harian Metro , Perpustakaan Negara Malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.