Tidak lama lagi kita akan masuk ke bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan AlMubarak. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat beribadah dan semoga segala amalan baik kita akan diterima oleh Allah s.w.t.
Dan semoga amalan baik kita akan terus berkekalan, bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. Bulan Ramadhan adalah bulan latihan, hasilnya adalah bulan-bulan yang mendatang. Dan semoga kita dapat perbaiki lagi akhlak kita sebagai Muslim, sesuai dengan tujuan Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memperbaiki akhlak umatnya.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, AlBaihaqi)
Ini kerana saya tengok akhlak-akhlak kita sekarang semakin teruk, terutamanya dalam internet ini. Bahasa-bahasa yang digunakan banyak yang celupar, kesat, mencarut dan sebagainya. Adakah ini yang kita mahu berikan contoh kepada non Muslim untuk melihatnya? Begitu kah cara kita berdakwah? Ini untuk sama-sama kita fikirkan.
Cotu - Lord of Ramadhan
Mishari Al-Arada - Ramadhan
Raihan feat. Man Bai - Harapan Ramadhan
Hijjaz - Nasihat Ramadhan
Rabbani - Hikmah Ramadhan
Ustaz Hasnol (Diwani) - Rintihan Ramadhan
Ramli Sarip - Ramadhan
Orkes Sinar Murni - Ramadhan
El Suraya - Bulan puasa
Mishary Rashid Al-Afasy - Welcome Ramadhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)