Berita Terkini

Adakan Minggu Bersih, ganti Himpunan Bersih 2.0

Cadangan dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin @ Dr MAZA agar sekretariat Bersih 2.0 menerima tawaran dari Datuk Najib untuk berhimpun di stadium.

Bekas mufti Perlis itu mencadangkan lagi agar diadakan kempen Minggu Bersih sebagai ganti kepada perhimpunan 9 Julai nanti.

“Bersih mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu Bersih dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis Bersih,” kata Dr Asri.

Dr Asri berkata kempen Minggu Bersih akan membolehkan lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'.

"Juga mungkin mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai."

"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya.

Ahli akademik ini menambah, "jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperolehi, maka itu ‘defeat the purpose’."

“Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan,” katanya lagi.

[Malaysian Insider]


Tambahan cadangan saya

Bagus juga cadangan ke stadium itu, demi untuk mengelakkan kesesakan dan gangguan pada umum. Agar perhimpunan itu dapat dilakukan dengan lebih aman dan sistematik. Dan bagus juga cadangan kempen Minggu Bersih oleh Dr Asri.

Lagi pun jika Himpunan Bersih 2.0 itu berlaku nanti, sudah tentu akan mendapat liputan wartawan dari pelbagai agensi berita termasuk yang antarabangsa. Maka dengan berhimpun di stadium dan dengan cara yang baik, dapat menjadi CONTOH kepada negara-negara luar betapa rakyat Malaysia masih mengikut ADAB SOPAN, walaupun melakukan demonstrasi.  Semoga boleh menjadi pengajaran kepada negara lain juga, kepada mereka-mereka yang mahu berfikir.

Ia juga boleh menjadi satu yang menarik dan meriah, maka mengapa mesti disekat terus sedangkan boleh dilakukan dengan cara yang baik.  Yang saya nampak, usaha menakut-nakutkan orang untuk hadir ke Himpunan Bersih itu oleh pihak polis dan macam-macam pihak adalah untuk membuat orang takut untuk hadir, dan seterusnya MENGURANGKAN jumlah yang berkumpul nanti.  Dengan itu, rakyat kononnya diperlihatkan bahawa Himpunan Bersih 2.0 TIADA SAMBUTAN yang hangat.

Selain kempen Minggu Bersih, dalam tiap-tiap hari menjelang Pilihanraya Umum nanti, mereka-mereka yang menyokong agar pilihanraya dilakukan dengan bersih juga boleh memakai baju bersih atau apa-apa yang berkaitan dengannya seperti bendera yang ditulis PILIHANRAYA BERSIH dan sebagainya di mana-mana.

Jika dilakukan hari-hari, insyaAllah pengaruhnya lebih banyak dan menyeluruh, biar nanti semua orang tengok di mana-mana saja ada kempen pilihanraya bersih, tidak hanya tunggu pada 9 Julai dan di satu tempat saja.

Yang penting, usaha mesti dilakukan dengan bijaksana dan tersusun.  Saya harap pihak yang terbabit menganjurkan Bersih 2.0 adakan logo khusus untuk semua orang pakai dan kibarkan hari-hari, selain dari logo Bersih 2.0 yang ditulis bersama tarikh 9 Julai itu.


Pemimpin PAS mohon menghadap Tuanku Mizan

Sementara itu dalam Berita Harian melaporkan , PAS sudah mengutus surat memohon menghadap  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya pada hari ini atau esok.

PAS akan diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan beberapa pimpinan tertinggi untuk menghadap Seri Paduka Baginda.

Ini berikutan titah Tuanku Mizan agar setiap permasalahan yang timbul, dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana.

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.


* Update 5 Julai 2011

Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata perhimpunan yang dirancang Sabtu ini akan diadakan di sebuah stadium selepas mendapat nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.  [BH]


* Update 6 Julai 2011

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 berkata, mereka akan mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di antara jam 2 petang dan 4 petang Sabtu ini. [BH]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.