Undang-undang yang ALLAH ta'ala SURUH BUAT dalam AlQuran, mengapa kita SOMBONG tidak mahu ENDAHkannya? Mengapa mengapa?? Adakah Allah SEMBANG KOSONG dalam ALQuran? Adakah Dia menyatakan perkara yang SIA-SIA? Di mana KEINGINAN kita untuk melihat Undang-undang Islam yang TERHEBAT ini tegak kembali?? Di mana??
Sedih sangat bila memikirkan umat Islam sendiri yang TIDAK SUKA dan TIDAK MAHU undang-undang Tuhannya dilaksanakan. :-(
Hari demi hari kita baca AlQuran
Baris demi baris sentiasa dialunkan
Tapi di manakah penghayatan
dan pelaksanaan perintah dari Tuhan
AlQuran diturunkan dengan khabar gumbira dan khabar duka
Mengisahkan tentang insan mulia dan insan celaka
Tidak lupa ada undang-undang di dalamnya
Yang wajib dilaksanakan oleh pemimpin negara
Adakah Allah SEMBANG KOSONG dalam AlQuran?
Adakah nabi ucapkan yang sia-sia dalam peringatan?
Bait demi bait ayat Quran kita baca
Di mana telinga rohani kita?
Adakah kerana kita tidak tahu makna?
Tetapi mengaku alim sambil mendabik dada
Maka berjayalah agenda King James dulu kala
Yang mahukan umat Islam tidak minat dengan bahasa nabinya
Mengapa jadi sedemikian rupa?
Mengapa?
Kerana propaganda bermerajalela
Institusi Dajjal di seantero dunia
Umat terpedaya dengan media massa
Adakala tersepit akibat harta benda
Kerana propaganda bermerajalela
Institusi Dajjal di seantero dunia
Umat terpedaya dengan media massa
Adakala tersepit akibat harta benda
Ayuhlah wahai saudaraku semua
Bangkit dan bukalah minda
Undang-undang Islam masih tidak terbela
Maka siapa lagi mahu membelanya jika bukan kita?
Ayuhlah bangun dan berikan pertolongan
Kerana Allah TIDAK SEMBANG KOSONG di dalam AlQuran
~Neezhom Photomalaya~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)