Berita Terkini

Saintis India bedah jantina udang bagi hasil tinggi

Saintis India bedah jantina udang
CHENNAI 8 Jun -  Dalam satu ujian yang julung kali diterokai, saintis India melakukan pembedahan jantina mikro ke atas udang air tawar untuk mewujudkan spesi "neo-female" yang lebih berkualiti dan dijangka membantu menyuburkan semula sektor akuakultur India yang semakin mundur.

Sejak bertahun lamanya, penternak udang kecil-kecilan di pedalaman India bergelut dengan masalah produktiviti rendah, kerana udang jantan membesar lebih cepat daripada spesi betina yang ringan dan pendek jangka hayatnya.

Spesis betina ini juga menetaskan anak-anak udang jantan yang terhad, dan dari segi komersialnya tidak ekonomik.

Tetapi, penyelidikan selama dua tahun kini bakal mengubah nasib penternak ini selepas saintis di Pusat Akuakultur Rajiv Gandhi (RGCA) di Andhra Pradesh berjaya mencipta baka neo-female (udang jantan yang ditukar jantina) yang akan memastikan pengeluaran anak udang air tawar gergasi yang semuanya jantan dan berkualiti tinggi.

"Ia membabitkan pertukaran jantina udang air tawar jantan yang sihat menjadi udang betina yang dipanggil neo-female dengan menggunakan intervensi pembedahan mikro dan mengacukkan undang-udang betina ini dengan udang jantan biasa untuk menghasilkan anak udang yang kesemuanya jantan.

"Ini adalah intervensi fisiologi dan tiada kaitan dengan manipulasi genetik," kata Y.C. Thampi Sam Raj, pengarah projek di ibu pejabat RGCA Nagapattinam, Tamil Nadu.

Spesis neo-female boleh dengan mudahnya mengawan dengan udang jantan biasa untuk menghasilkan anak udang yang kesemuanya jantan, dan ini pada umumnya digemari oleh penternak disebabkan oleh kadar pertumbuhannya yang pantas dan kualitinya yang tinggi.

"Teknologi ini boleh meningkatkan hasil sebanyak 40 peratus daripada pengeluaran sekarang dan bakal menjadi rangsangan kepada penternak udang di India. Teknologi ini akan mengambil masa selama setahun lagi untuk dikomersialkan," jelas Thampi.

Pengeluaran udang air tawar India terjejas teruk dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan teknologi manakala eksport menjunam daripada paras tertinggi 43,000 tan metrik pada 2005 kepada 4,000 tan metrik dalam tempoh 2010 hingga 2011.

Hasil laut menyumbang kira-kira 1.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport India, dan dari 2010 hingga 2011 India mengeksport hampir 730,000 tan metrik makanan laut bernilai AS$2.68 bilion (RM8 bilion).

[BERNAMA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.