TUMPAT 8 Jun – Kerajaan negeri Kelantan akan menjadikan Muzium Wau pertama yang terletak di Pantai Sri Tujuh dekat sini sebagai pusat rujukan dan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata muzium itu akan turut mempamerkan pelbagai jenis wau dari seluruh dunia.
“Kita juga akan menyediakan buku-buku rujukan dan peralatan membuat wau, seperti buluh, kertas dan tali sebagai bahan asas pembuatan kraf tangan itu,” katanya kepada Bernama.
OKU muncul Johan Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan
OKU muncul Johan Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan
Pada hari Isnin , OKU iaitu Husmizi Ibrahim, 37, telah muncul sebagai johan dalam tiga kategori sempena Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan 2011, di Pantai Genting, Tumpat, Kelantan.
Dia menjadi johan kategori individu Wau Naik Kebangsaan (Grand Prix 1), Wau Tradisi dan Wau Sobek (cantik) dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,300, piala serta sijil penyertaan.
Beliau menghasilkan 21 wau dalam masa dua bulan untuk menyertai pertandingan itu dengan dibantu isterinya, Zuriati Rohaida Harun, 33.
Husmizi dari Pulai Chondong, Machang, lumpuh dari pinggang hingga kaki selepas ditimpa kemalangan jalan raya pada 2002.
[BERNAMA]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)