Betul lah, cinta tidak mengenal usia. Begitulah yang terjadi ke atas Molly Holder, wanita yang sudah berusia 90 tahun, bertemu pasangannya Ed Nisbett, 82, di laman web Match.com.
Dan mereka sudah pun melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu lepas.
Pasangan itu mula berbalas mesej pada bulan November tahun lepas. Dan mula bertemu bertentang mata pada Januari lalu.
Nisbett ialah bekas pekerja di sebuah syarikat besi waja dan mempunyai 2 orang anak, manakala Holder pula pesara kolumnis dalam ruangan akhbar, mempunyai 4 orang anak, 7 orang cucu dan 8 orang cicit.
Dua puluh peratus daripada pengguna Match.com adalah mereka yang berumur lebih 50 tahun. Siapa kata orang tua tidak mempunyai perasaan CINTA.
[Shine]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)