Berita Terkini

Ketuk ketampi bogel: Salah warga Singapura atau pegawai imigresen?

Ada beberapa pendapat yang keluar dalam dada-dada akhbar online mengenai kes ketuk ketampi bogel yang dikenakan oleh pegawai imigresen Johor ke atas 2 orang warga wanita Singapura pada 9 Jun lalu.

Dalam akhbar Malaysia Kini, mereka dikatakan cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Tetapi ada laporan lain terutamanya dalam The Straits Times pula mengatakan bahawa kedua-dua wanita itu, yang sedang dalam perjalanan untuk makan malam di Johor Bahru, melihat TIADA orang yang menjaga kaunter tempat mengecop passport itu, dan lampu dalam keadaan hijau. Biasanya jika lampu dalam keadaan hijau, maka kenderaan boleh lalu.

Salah seorang wanita itu menekan interkom tetapi tidak ada yang menjawab juga. Lagi pun mereka menyangka bahawa Malaysia menggunakan 'sistem biometrik'.

Tetapi setelah mereka menyeberangi Tambak Johor , mereka rasa tidak sedap hati kemudian patah balik. Mereka kembali ke kaunter imigresen dan menjelaskan kesilapan mereka kepada pegawai-pegawai di situ. Tetapi alasan mereka tidak diterima.

Kemudiannya mereka dimasukkan ke dalam lokap di Pontian, Johor kerana didakwa sebagai pendatang asing tanpa izin.

"Kami fikir ia adalah masalah kecil, kami tidak fikir sesuatu seperti ini akan berlaku," kata salah seorang wanita, seorang pengurus di sebuah syarikat insurans yang ingin dikenali hanya sebagai Ms Chang yang berusia lewat 30an. Seorang lagi rakannya ialah agen hartanah yang berusia lewat 20an yang mahu dikenali hanya sebagai Ms Lim.

Ms Lim memandu kereta barunya iaitu Nissan Latio. Ini adalah kali pertama dia memandu kereta ke Malaysia, walaupun sebelum itu pernah menumpang kawan-kawannya ke negara ini.

Jika betul itu kali pertama, maka mungkin dia belum arif sangat dengan hal ini dan kebetulan pula melalui tempat mengecop passport tanpa penjaganya.

Dan katakan, jika mereka sengaja melanggar lampu atau kaunter cop passport sekali pun, kenapa sehingga menyuruh mereka ketuk ketampi dan duduk mencangkung dalam keadaan telanjang bogel? Suruh ketuk ketampi saja pun sudah memadai jika mahu menghukum. Itu pun jika mereka melawan atau berkata-kata kesat dan seumpamanya.

Sebelum ini pun sudah banyak laporan mengenai Pegawai-pegawai Imigresen Johor melakukan hal yang tidak sepatutnya ke atas pendatang-pendatang dari Singapura. Adakah ini contoh yang baik yang mahu ditunjukkan oleh Malaysia?

Dan tidak ketinggalan, banyak juga kes pendatang-pendatang asing sebelum ini yang memandu dengan laju di Johor, berkelakuan kurang sopan, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

Tetapi tindakan menyuruh berbogel sambil ketuk ketampi itu sudah tentu satu penghinaan. Walau teruk mana pun perangai warga asing itu, sepatutnya dilakukan mengikut undang-undang yang sedia ada dan tidak keterlaluan dalam menghukum.

DAP tuntut KDN respons, ketuk ketampi bogel aibkan

DAP mahu Kementerian Dalam Negeri respons kepada laporan media bahawa dua wanita Singapura digari dan telah diarah melakukan ketuk ketampi dengan berbogel oleh pegawai imigresen Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata tindakan itu mengaibkan maruah dan sesuatu tidak masuk akal manakala wakil rakyat Bakri Er Teck Hwa pula berkata perkembangan itu memberi persepsi bahawa Malaysia sebuah negara tiada undang-undang.

“Anda tidak boleh lakukan ini. Mengapa mereka menyoal siasat wanita-wanita ini sebegini? Ia tindakan mengaibkan,” kata Kulasegaran (gambar) kepada The Malaysian Insider.

[Malaysian Insider]

* Update 15 Jun:

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Kementerian Luar republik itu mahu Jabatan Imigresen Malaysia menyiasat dan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai aduan itu.

Pengarah Imigresen Johor Mohd Nasri Ishak mengesahkan hasil siasatan berhubung siasatan itu telah diserahkan kepada ibu pejabat.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Mohd Nasri berkata ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bukan satu prosedur hukuman jika rakyat bukan warganegara ditahan memasuki Malaysia secara tidak sah.

“Mereka akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau lima tahun penjara,” katanya.



Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.