Berita Terkini

Ketua Pemuda Pas dan UMNO janji bendung fitnah

SHAH ALAM 31 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Pas Pusat hari ini berjanji akan mengawal budaya fitnah dan seterusnya menjadikan perbincangan yang lebih intelektual sebagai platform terbaik dalam usaha untuk mewujudkan suasana politik yang lebih matang.

Kesimpulan tersebut dibuat dalam wacana khas yang bertajuk Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman yang dianjurkan akhbar Sinar Harian di sini hari ini.

Ketua Pemuda Pas, UMNO Janji Bendung Fitnah

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau kagum dengan rakan sejawatnya dari Pas, Nasaruddin Al-Tantawi di atas komitmen beliau yang mahu bersama membendung budaya fitnah di kalangan ahli parti masing-masing.

” Kini adalah menjadi tanggung jawab semua pihak termasuk saya dan beliau untuk memastikan yang perkara ini bukanlah satu retorik semata-mata,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Sementara itu, Nasaruddin dalam sidang akhbar yang sama berkata, walaupun ada perbezaan pendapat di antara kedua-dua parti namun ia adalah sesuatu yang normal

Yang penting, katanya, bagaimana mereka mengurus satu-satu perbezaan yang timbul.

” Persoalannya adakah kita nak urus perbezaan itu dengan pertelagahan yang tidak berkesudahan, atau pun nak diurus dengan menampilkan hujah yang positif, yang boleh memberikan kebaikan pada semua pihak,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, tindakan Pas dan UMNO ini sangat baik kerana ia dapat mengurangkan unsur fanatik yang keterlaluan dalam parti masing-masing.

Katanya, pertemuan kedua-dua Ketua Pemuda ini bakal mewujudkan ‘trend’ yang baru dalam politik

” Politik ini pasti ada emosinya, tetapi emosi tidak boleh mengatasi fakta…saya dapat lihat perkembangan ini boleh mengubah landskap politik negara ke arah yang lebih baik di masa akan datang,” katanya. [Oleh SYAHRIL A. KADIR - My News Hub]


Semoga kedua-dua belah pihak akan pegang kata-kata masing-masing dan istiqomah dalam membendung gejala fitnah. Ini kerana akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi fitnah di antara kedua parti PAS dan UMNO.

Pemimpin atasan sepatutnya selalu monitor ahli-ahli peringkat bawahan dan berpesan kepada mereka agar tidak keterlaluan dan mengikut emosi sangat. Jika berpolitik dengan emosi, itulah yang akan timbul kutuk-mengutuk sehingga fitnah-memfitnah.

Maka sebaiknya berbincang elok-elok untuk kemaslahatan umat dan negara. Dan sebaik-baiknya nanti, sama-sama berbincang pula cara untuk sedikit demi sedikit merombak undang-undang British dan semakin memperkukuhkan Undang-undang Islam.

Agar suatu masa nanti Mahkamah Syariah adalah mahkamah yang paling tinggi kedudukannya di Malaysia, dan Hukum Allah akan kembali tertegak, agar tidak berlaku lagi perpecahan sesama umat dan negara akan aman di bawah rahmat dan berkat ilahi, amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.