Wanita ini bukannya drakula, dan sudah tentu juga bukannya pontianak (vampire), tetapi kulit beliau tidak boleh terkena sinaran cahaya matahari, jika tidak ianya akan terbakar dan melecur.
Kes ini mungkin sama dengan yang pernah ditemui sebelum ini iaitu seorang budak lelaki yang bernama David Middleton (rasanya dia bukan adik Kate Middleton menantu Queen Elizabeth II :D). David disyaki mengalami penyakit Xeroderma Pigmentosum (XP).
Berbalik kepada wanita yang namanya Kerry Thornton, 31, dari Werribee, Australia, beliau pula dikatakan menderita penyakit Actinic Prurigo, suatu penyakit alahan @ alergik kepada sinar UV, yang bererti hanya sedikit pendedahan sinar matahari boleh menyebabkan kulitnya terbakar dan melecur.
Dia telah menghabiskan hampir £4,000 untuk memasang tetingkap logam 'roller' ke jendela rumahnya dan banyak unit pendingin udara, agar cahaya tidak memasuki rumahnya dan menyejukkan kulit.
Ketika Kerry keluar rumah, dia terpaksa memakai topi, kacamata hitam, sunblock dan kain pembalut di tangannya sepanjang masa, kerana sedikit pendedahan sinar matahari menyebabkan gatal menyakitkan dan melecet.
Hinggakan mengunjungi supermarket adalah masalah bagi Kerry kerana sinar UV pada lampu neon kedai itu sudah cukup untuk menimbulkan reaksi pada kulitnya.
Sebaliknya Kerry mendapatkan makanannya dengan dihantar oleh pihak supermarket untuk mencegahnya mengunjungi supermarket.
Kerry, yang bekerja dalam bidang patologi, mengatakan dia telah menderita keadaan itu sejak enam tahun.
Doktor sekarang memberikannya ubat yang kontroversi iaitu Phalidamide, yang mana Kerry harap akan memudahkan keadaan.
Dia berkata: "Ini adalah keadaan yang mengubah hidup, tapi saya berusaha untuk tidak membiarkannya mengatur hidup saya, saya tidak tahan dikunci di dalam rumah yang gelap, duduk diam bukanlah sesuatu yang saya lakukan dengan baik."
"Penyakit ini menang saat ini tapi mudah-mudahan thalidomide akan berkesan dan saya boleh kembali menikmati hidup sedikit lebih."
[Dailymail.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)