Rasanya jika telefon mobil / handphone ini ditawarkan kepada orang-orang kebanyakan ni, tidak ada seorang pun yang ingin membelinya. Kerana handphone ini yang body stainless steel punya sahaja berharga USD$10,100 dan yang dibuat dari emas pula berharga USD$60,000.
Bukan itu sahaja, tetapi ianya tidak ada kamera video, kamera 'still', GPS mahupun internet. Telefon mobil yang diberi nama Æsir YB1 ini sememangnya tiada aplikasi dan perisian yang canggih di dalamnya.
Æsir ialah nama kepada dewa Nordik (di Scandinavia). Ianya direka sedemikian rupa sehingga CEO syarikatnya memanggilnya 'anti-smartphone'.
Mungkin telefon mobil ini hanya sesuai untuk golongan kaya dan bangsawan kerana kebiasaannya mereka sudah ada pekerja untuk menguruskan kalendar, email dan sebagainya. Dan jika disebut tentang kamera pula, mungkin mereka tidak main kamera sembarangan, tetapi kamera yang berharga ratusan ribu juga.
Dan jika dilihat dari rupa bentuknya pun, sudah terserlah rupa bentuk untuk golongan berada dan yang mementingkan gaya, mutu, keunggulan :P
Dan jika dilihat dari rupa bentuknya pun, sudah terserlah rupa bentuk untuk golongan berada dan yang mementingkan gaya, mutu, keunggulan :P
[Dailymail]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)