Pistol revolver klasik milik Al Capone, seorang penjenayah terkenal dari Chicago suatu masa dulu, mungkin boleh dijual sehingga £70,000 ketika dilelong bulan depan, kata para pakar.
Colt 38 itu dibuat pada bulan Mei 1929, hanya beberapa bulan selepas gangster itu memerintahkan pembunuhan tujuh pesaingnya di St Valentine's Day Massacre (pembunuhan beramai-ramai Hari St Valentine).
Ianya dijual oleh seorang pengumpul swasta dan dilengkapi dengan surat yang ditandatangani oleh adik ipar Al Capone sebagai pengesahan ketulenannya.
Penjenayah yang lahir di New York , yang juga dikenali sebagai 'Scarface' , telah menguasai dunia jenayah Chicago sehinggalah penangkapannya pada tahun 1931 kerana mengelak dari membayar cukai. Dia kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1947.
Al Capone sangat popular sehinggakan filem Melayu pun pernah menonjolkan watak penjenayah dengan nama Al Kepong yang dilakonkan oleh Kamarozaman Hj Yusoff.
Berminat nak beli pistol antik lagi klasik ini? :)
[Telegraph.co.uk]
* Update 24 Jun 2011
Pistol milik Al Capone itu telah dijual dengan harga £67,250 ($110,000 dollar) kepada seorang pengumpul barang antik peribadi yang telah membidanya secara online.
* Update 24 Jun 2011
Pistol milik Al Capone itu telah dijual dengan harga £67,250 ($110,000 dollar) kepada seorang pengumpul barang antik peribadi yang telah membidanya secara online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)