Penyanyi pop / pencipta lagu Kesha ingin membuat kalung dari gigi peminat-peminatnya, untuk dipakai ketika dia menghadiri acara 'award' yang akan datang.
Setelah penyanyi 'Blow' itu menerima gigi sebagai hadiah yang luar biasa dari salah seorang peminatnya, dia telah memutuskan untuk membuat sebuah kalung dari gigi peminat-peminatnya yang sedang cuba dikumpulkannya sekarang.
Menulis di laman Twitter, Kesha, 24, berkata: "Saya telah menerima 1 batang gigi dari peminat. Saya membuatnya sebagai kalung. Tapi sekarang saya benar-benar ingin membuat sebuah kalung gigi peminat-peminat untuk memakainya ke acara anugerah."
"Jadi. Yang saya maksudkan adalah kirimkan kepada saya gigi anda. Saya serius gila. Saya perlukan gigi anda."
Namun ini bukannya kalung luar biasa pertama yang dia telah pilih. Dia baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah memakai plasenta @ tembuni (yang menghubungkan bayi kepada ibu sementara bayi berada di dalam rahim) sendiri dalam bentuk kalung untuk memperbaiki 'kemampuan psikis' nya.
[MSN]
Apa pendapat anda? Masalah mental atau kreatif? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)