Laporan Berita Harian mengatakan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah membuat keputusan bahawa pilihan raya olok-olok akan diadakan dalam pertengahan tahun ini.
Ia diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.
Maka dengan segala hormatnya muncullah beberapa persoalan yang patut ditanya lagi dan lagi .......
- Apa sebenarnya tujuan pilihanraya olok-olok ini?
- Takut sangat kah sampai perlu adakan pilihanraya olok-olok?
- Tidak yakin dengan diri sendiri kah? Kalau dah sampai pilihanraya pun main olok-olok, ini petanda orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
- Terlalu nak sangat kah jawatan pemimpin sehingga tidak sedar betapa tanggungjawab amat besar di akhirat nanti. Pemimpin akan disoal berkenaan seluruh orang yang dipimpinnya, tidak takut kah?
- Terlalu nak sangat kah jawatan pemimpin sehingga tidak sedar betapa tanggungjawab amat besar di akhirat nanti. Pemimpin akan disoal berkenaan seluruh orang yang dipimpinnya, tidak takut kah?
- Tidak ada permainan lain kah untuk dimainkan? Macam budak sekolah tadika pulak main pilihanraya olok-olok.
- Idea siapa asalnya ni? Adakah idea seorang budak sekolah rendah darjah 3 kah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)