Berita Terkini

Banyak juga Datuk Najib dapat tarik pelabur asing ya?

Sebelum ini Syarikat AS akan melabur antara US$5 bilion dan US$6 bilion di Malaysia, kata Najib . Sekarang ini Najib dapat tarik pelabur dari Jepun pula dan akan melabur berbilion juga.

Syarikat Jepun pula dijangka labur RM3.8 bilion 2011-2012

datuk seri najib tun razak berlepas ke Jepun
TOKYO 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat-syarikat Jepun telah mengesahkan bahawa mereka akan melabur RM3.8 bilion di Malaysia antara tahun ini dan tahun depan di dalam pelbagai sektor, yang mencerminkan kepercayaan berterusan Tokyo terhadap Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ini.

Bagi tempoh jangka panjang antara 2013 dan 2015, mereka akan membuat pelaburan kira-kira RM5.22 bilion di dalam projek-projek berkaitan elektrik dan elektronik, logam, biomas, PCP serta substrat yang digunakan untuk membuat pemacu cakera keras, kata Perdana Menteri kepada pemberita mengenai lawatan dua harinya ke Jepun di sini.

Pelaburan jangka panjang itu termasuk pelaburan Tokuyama Corporation di Bintulu yang mengeluarkan polisilikon, sejenis bahan yang digunakan untuk mengeluarkan sel solar dan elektronik.

Fasa pertama loji itu terdiri daripada pelaburan RM3.7 bilion yang akan siap pada 2013. [Bernama]



Berita-berita berkaitan sebelum ini

Najib Umum 12 Projek Tarik Pelaburan Asing

20 April - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan12 projek pelaburan bernilai RM 11.1 bilion. Projek tersebut meliputi sektor elektronik, peralatan eletrik, telekomunikasi, pembinaan, perdagangan, minyak dan gas, sumber tenaga, pendidikan, pelancongan serta pemborong dan peruncitan.

12 program tersebut akan menjana pendapatan sebanyak RM 16.6 bilion kepada rakyat dan menyediakan lebih 70 ribu peluang pekerjaan. Ini merupakan kali kelima Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan rancangan baru sejak beliau mengumumkan program transformasi ekonomi pada 25 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan Malaysia akan sentiasa memperkenalkan projek baru bagi menarik minat pelabur asing. [CRI Online]



Tarik Pelabur Asing Najib Hidup Dalam Khayalan, Kata Anwar




Video di atas adalah ulasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan usaha Datuk Seri Najib Tun Razak menarik pelabur di Amerika Syarikat baru-baru ini. Anwar mengatakan itu adalah khayalan pemimpin itu semata-mata. Malaysia sebenarnya jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia dan Filipina dalam bab menarik pelaburan asing langsung (FDI - Foreign Direct Investment).

"(Perbuatan Najib melobi di AS) seolah-olah hidup dalam khayalan. Dia terpenjara dengan kerana juak-juak memuji demi keuntungan mereka," jelas Ketua Pembangkang itu.

"Pelaburan asing kurang, kalau dibandingkan dengan Filipina, Indonesia dan Thailand kita semakin teruk. Ini tidak dibahaskan," kata Anwar lagi.

Dalam temuramah khas Tv Selangor bersama bekas Menteri Kewangan itu, beliau terus mempersoal kewibawaan kerajaan Umno-BN untuk menjawab persoalan rakyat berhubung saham ekuiti bumiputera yang lesap berjumlah RM52 bilion.


Amerika Syarikat dan Jepun sememangnya sudah menjadi antara pelabur utama ke Malaysia dari dulu lagi. Tahun lepas pun Amerika Syarikat adalah pelabur terbesar ke Malaysia dan diikuti dengan Jepun.

Jepun dengan keadaan krisis ekonomi dan baru sahaja mengalami banyak bala bencana sudah tentu amat mahu melabur di negara-negara yang politik dan ekonomi agak stabil seperti Malaysia. Siapa-siapa ke sana pun sudah tentu dapat menarik pelabur. 

Kemudian AS seperti biasa lah, bapak angkat kepada Malaysia juga tu sebenarnya. Anak didikan British memang akan dijaga dan ditatang sebaik mungkin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.