Berita Terkini

Anwar Ibrahim tahu siapa watak sebenar dalam video seks konspirasi itu?

Selagi Pilihanraya Umum belum habis, selagi itulah kes video seks ini pun tidak akan habis juga. Apatah lagi ini sahaja isu kuat yang boleh digunakan oleh BN untuk melawan parti pembangkang. Hanya orang yang ketiadaan hujjah dan terdesak sahaja yang akan menggunakan isu video seks.

Terbaru menurut laporan The Malaysian Insider, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa dia mungkin mengenali siapa lelaki yang dituduh sebagai beliau di dalam video seks tersebut.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya dalam temuramahnya bersama Yahoo! News.

Anwar berulang kali menafikan penglibatannya dalam video tersebut dan mengatakan bahawa ianya adalah komplot dari BN.

Apabila ditanya tentang pengesahan video tersebut oleh pakar-pakar dari AS dan Korea Selatan, Anwar membidas, “contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?”

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Kata Khalid, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan bagi pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik.” Kata Datuk Khalid.

“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang,” katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika dia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu. [The Malaysian Insider]


Antara beberapa soalan lagi yang dijawab di segmen interaktif Yahoo! Malaysia ’Question Time’


Anwar ditanya mengenai suasana politik di Malaysia yang berlangsung dengan serangan terhadap isu peribadi secara berterusan dan diminta menjelaskan kenapa beliau dianggap ‘merbahaya’ oleh Umno.

Menjawab soalan itu Anwar berkata, ia kerana komitmennya terhadap reformasi, menentang rasuah dan kronisme.

Ketika ditanya samada kewujudan Umno, Pas dan KEADILAN adalah baik kepada orang Melayu, Anwar berkata, penyatuan untuk menentang rasuah adalah lebih penting.

“Perpaduan adalah untuk kebebasan dan keadilan, bukan untuk mempertahankan kezaliman dan rasuah,” kata Anwar.

Anwar juga sempat ditanya dengan soalan yang bertanyakan pendapatnya tentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjawab Mahathir adalah seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kuat bekerja namun tidak boleh menerima teguran orang lain.

“Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan,” jawab Anwar.

Dalam temuramah yang sama, Anwar turut menyifatkan Perkasa sebagai satu pertubuhan yang ‘menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dengan laungan perkauman mereka.

Tambahnya, Perkasa merupakan ‘kerja’ Umno untuk mencipta huru-hara dan ketegangan kaum.’

Menyentuh isu ekonomi, pembicara dalam talian bernama ‘Naim’ bertanya sama ada Anwar akan meneruskan dasar melindungi industri automotif tanah air terutamanya Proton.

Anwar menjawab, bahawa sama ada Proton terus dilindungi atau pun tidak, hak pengguna dan kepentingan rakyat akan tetap menjadi keutamaannya.

“Keutamaan: pertahan pengguna dan lindungi kepentingan warganegara,” kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau juga ditanya tentang inisiatif Pakatan Rakyat untuk mengatasi masalah penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara.

Anwar menjelaskan ramai golongan profesional berhijrah kerana urustadbir yang buruk dan prestasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.

“(Jadi) keutamaan kita sekarang adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi, memperbaiki tata kelola, dan menjemput semula golongan profesional untuk pulang,” kata Anwar.

Pada sesi bual bicara itu, beberapa pungutan suara dalam talian turut dijalankan.

Di antara soalan yang ditanyakan adalah “Apakah masalah terbesar yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?”.

Kira-kira 55 peratus daripada mereka bersetuju bahawa ‘politik kotor’ adalah masalah terbesar negara diikuti dengan ‘rasuah’ (22 peratus) dan ‘masalah agama dan perkauman’ (13 peratus).

Mereka yang mengikuti program itu juga turut membuat pilihan untuk mengundi Pakatan Rakyat (76 peratus) berbanding BN (17 peratus) seandainya pilihan raya umum dilangsungkan esok.  [Anwar Ibrahim blog]



[The Malaysian Insider , Anwar Ibrahim blog]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.