Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Penemuan baru - Kertas 10 kali lebih kuat dari besi

Sebuah pasukan penyelidik University of Technology Sydney telah melaporkan "hasil yang luar biasa" dalam pengeluaran kertas graphene, bahan komposit yang dibuat dari grafit yang senipis kertas dan sepuluh kali lebih kuat dari besi waja.

Penemuan baru UTS ini merupakan langkah ke hadapan dalam pembangunan bahan yang mempunyai potensi untuk merevolusi penerbangan, otomotif, industri elektrik dan optik.

Kerja terbaru ini dikeluarkan dalam Journal of Applied Physics, diawasi oleh Profesor Guoxiu Wang.

Kertas graphene (Graphene Paper @ GP) adalah bahan yang dapat diolah, dibentuk kembali dan direformasi dari keadaan bahan mentah asalnya - grafit. Penyelidik di UTS telah berjaya mengisarkan grafit mentah dengan memurni dan menapis dengan bahan kimia untuk membentuk kembali dan reformasi ke dalam tatarajah nano-berstruktur yang kemudian diolah menjadi lembaran senipis kertas.

Timbunan nanosheet graphene ini terdiri daripada monolayer karbon kisi heksagon (monolayer hexagonal carbon lattices) dan ditempatkan dalam struktur laminer dengan sempurna yang memberikan mereka sifat terma, elektrikal dan mekanikal yang luar biasa.

Menggunakan kaedah sintesis dan rawatan kepanasan, pasukan penyelidik UTS telah menghasilkan bahan dengan simpulan yang luar biasa lentur, dan sifat mekanik yang keras. Dibandingkan dengan waja, GP yang siap adalah enam kali lebih ringan, lima hingga enam kali lebih rendah kepadatan, dua kali lebih keras dengan 10 kali kekuatan tarik tinggi dan ketegaran bengkok 13 kali lebih tinggi.

Ketua penyelidik Ali Reza Ranjbartoreh berkata, "Tidak ada orang lain telah menggunakan suatu pengeluaran yang sama dan kaedah ujian kepanasan untuk mencari dan melaksanakan sifat mekanikal yang luar biasa untuk kertas graphene. Kami jelas berada di hadapan dari kumpulan kajian yang lain .."



[University of Technology Sydney]

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)