Berita Terkini

Hologram warna asli yang dijana dengan cahaya putih

Para penyelidik Jepun telah membangunkan cara baru untuk mencipta hologram warna asli (true colour) yang dapat dilihat dari setiap sudut menggunakan cahaya putih biasa, bukannya menggunakan laser seperti kaedah sebelum ini.

Kemajuan itu dapat mengarah pada peranti elektronik generasi baru, seperti telefon bimbit atau televisyen yang memaparkan miniatur tiga dimensi (3D).

Kaedah ini berbeza dari teknik konvensional kerana didasarkan pada aktiviti elektron pada permukaan filem logam. Pendekatan sebelum ini umumnya memantul sinar laser dari sebuah objek ke atas  piringan foto, yang merekodkan maklumat tentang tahap gelombang cahaya dan amplitud dalam bentuk "corak gangguan / interference pattern." Kemudian ketika cahaya bersinar melalui hologram, berinteraksi dengan corak gangguan sedemikian rupa sehingga gambar objek muncul, biasanya dalam warna tunggal.

Jenis lain dari hologram, iaitu "hologram pelangi / rainbow hologram" sering ditemui pada kad kredit, muncul dalam warna yang berbeza di bawah cahaya putih. Tapi maklumat tertentu tentang gambar akan ditapis keluar ketika membuat hologram ini, dan warna berubah dengan sudut pandang.

Miyu Ozaki dari RIKEN dan jabatan robotik dan mekatronik di Tokyo Denki University dan rakan-rakannya sekarang menjelaskan sebuah kaedah untuk membuat hologram warna-warni, warna-warna yang tetap sama bila dilihat dari sudut mana pun, seperti objek asalnya.

Teknik mereka didasarkan pada difraksi rangsangan elektronik (diffraction of electronic excitations), disebut sebagai plasmon, menyebar pada permukaan filem logam nipis. Penyelidik menyalutkan filem logam kepada bahan photoresist peka cahaya yang mengandungi hologram yang dibuat dengan laser merah, hijau dan biru. Hologram photoresist sendiri bersandar pada sebuah piring kaca tipis.

Plasmon permukaan / Surface Plasmon

Plasmon permukaan dalam filem logam dirangsang menggunakan cahaya putih berorientasikan pada pelbagai sudut. Sudut cahaya yang masuk menentukan plasmon mana yang dirangsang dan didifraksi oleh hologram, membina semula gelombang cahaya yang mencapai mata penonton sehingga gambar 3D muncul.

Kerana relatif sederhana dan terukur, kaedah ini boleh meminjamkan dirinya untuk aplikasi dunia nyata, di mana penonton tidak perlu memakai kacamata khusus atau duduk di sudut tertentu untuk melihat gambar 3D, kata para penyelidik.

Mungkin dalam beberapa tahun lagi, anda boleh menonton filem 3D tanpa perlu memakai kacamata khususnya.


Sumber - Photonics , Science Magazine


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.