Saya fikir hanya monyet yang suka makan pisang, rupa-rupanya ikan kap juga adalah penggemar buah pisang. Tetapi bagaimana mereka mengunyahnya sebelum menelan pisang besar jika dibandingkan dengan mulut mereka yang kecil dan bergigi halus sahaja itu?
Sekawan ikan kap berebut-rebut untuk makan pisang di Zoo Nanning, barat daya China, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, pada 31 Disember 2009. Ikan-ikan kap penggemar pisang itu telah menarik ramai pengunjung dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Seorang pelancong sedang menyuap ikan kap dengan pisang di Zoo Nanning.
Via - Xinhua News
Jangan main2. Ikan pun pandai memilih. Mungkin dah jelak dengan makanan yang biasa diberi. Sesekali nak jugak tukar selera...
BalasPadam