Berita Terkini

Ulat bantu merawat luka dan kudis pesakit kencing manis

Pengalaman jari kaki kanannya dipotong pada tahun 2008 meninggalkan kesan yang agak traumatik bagi Faridatul Akma Othman, 52, seorang penjawat awam yang menghidap penyakit kencing manis.

Jari beliau terpaksa dipotong atas nasihat doktor kerana tidak mahu jangkitan pada luka itu, yang semakin teruk, merebak kebahagian lain kaki beliau.

Selepas berakhirnya episod itu, 'cerita' baru pula timbul. Pada awal tahun 2009, kaki beliau luka lagi. Kali ini di betis kanan akibat dicakar kuching peliharaannya. Insiden kaki Faridatul dicakar kucing berlaku sewaktu dia mahu bangun dari tidur.

"Kucing tu tidur dekat hujung kaki, jadi bila nak bangun saya mungkin tersepak kucing tu...agaknya tercakar kaki saya bila dia nak terjatuh dari katil".

Kata Faridatul, dia membiarkan luka itu begitu saja sebab tiada rasa sakit, namun selepas seminggu, luka itu menjadi kudis yang besar.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi luka itu tidak juga sembuh. "Saya ada buat rawatan pada luka itu, tapi sebaliknya ia bertambah besar pula. Luka yang membengkak itu kemudian bernanah dan berair, lagilah tak tenang perasaan saya," kata Faridatul.



RAWATAN ULAT

Menurut Faridatul, anak sulungnya Raihan Haniza Jalaluddin, 27, kemudian memberitahu tentang rawatan 'Maggot Debridement Therapy' dan meminta beliau mencuba rawatan itu.

Kata Raihan, rawatan itu mungkin boleh menyembuhkan luka kronik terutama yang dialami pesakit diabetis. Kaedah ini juga boleh digunakan merawat luka akibat kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

"Tapi saya takut. Tak hendaklah bubuh ulat tempat luka kalau boleh biarlah cari alternatif lain. Tapi bila luka ini bertambah teruk dan bernanah, saya ubah fikiran untuk cuba rawatan ini," katanya.



MULA BUAT RAWATAN

Faridatul yang menghidap diabetis sejak berusia 39 tahun berkata setelah hampir sebulan dia membuat membuat rawatan dengan menggunakan ulat itu,beliau bersyukur kerana luka yang dialaminya kini semakin sembuh.

Beliau pada mulanya agak takut sewaktu melihat ulat yang digunakan bagi rawatan itu yang dibimbanginya akan masuk ke dalam lukanya. Namun setelah diberi penerangan oleh petugas Edaran Arif Medik (tempat yang memberi rawatan), akhirnya dia berani mencuba rawatan itu.

Faridatul berkata beliau amat berpuashati dengan rawatan berkenaan kerana ternyata memberi kesan yang baik dan lukanya tidak lagi 'basah' dan bengkak seperti dulu.

"Lepas bubuh ulat itu, luka saya dah mula elok dan kering, tak jadi macam dulu-dulu masa sebelum buat rawatan. Isi pun dah tumbuh, dulu luka ini macam berlompong, isi permukaan macam dah tak ada", kata Faridatul.



TERAPI PEMBERSIHAN LUKA


Menurut Pengarah Urusan Edaran Arif Medik Sdn Bhd Mohd Fairuz Muhamad Akir, sejak tahun 2008 seramai 315 orang mendapatkan rawatan ini dan mereka bukan sahaja dalam kalangan pesakit diabetis tetapi juga mereka yang mempunyai luka lain.

Menurut Mohd Fairuz, kaedah terapi pembersihan luka dengan menggunakan ulat atau 'maggot debridement therapy' sebenarnya bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis tetapi lebih kepada merawat luka yang sukar sembuh.

"Nanti ada pula yang salah faham. Rawatan ini sebenarnya lebih membantu mengubati luka-luka yang sukar sembuh dan bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis.

"Cuma pesakit kencing manis sahaja yang selalu mengalami masalah luka yang sukar sembuh seperti ini," kata Mohd Fairuz.

Menurutnya setakat ini syarikat itu hanya memasarkan ulat ini di hospital dan klinik di Lembah Klang seperti antaranya di Kuala lumpur, Serdang dan Sungai Buluh.

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan serta memasarkan ulat-ulat ini mereka haruslah mendapatkan latihan daripada Edaran Medik sebelum menggunakannya.

"Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan ulat ini kami akan adakan latihan sebab ulat-ulat ini bukan senang nak menjaganya, agak sukar," kata beliau.


Sumber - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.