Berita Terkini

Presiden Ahmadinejad menafikan ujian bom nuklear Iran

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengatakan sebuah dokumen yang nampaknya menunjukkan bahawa Tehran bercadang untuk melakukan ujian bom nuklear adalah pemalsuan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Dalam sebuah wawancara dengannya Jumaat lalu oleh ABC News, Presiden Ahmadinejad mengatakan, berita di dalam akhbar The Times itu "pada dasarnya tidak betul"

Presiden melanjutkan, kritik terhadap program nuklear Iran yang selama ini muncul adalah "sebuah pengulangan dan jenaka yang tawar." Menurutnya, program nuklear Iran semata-mata untuk tujuan damai.

The Times minggu lalu melaporkan, mereka telah mendapatkan sebuah dokumen yang bertarikh 2007, yang menghuraikan satu perancangan empat tahun oleh Iran untuk melakukan ujian nuklear menggunakan uranium deuteride. Bahan-bahan ini dapat digunakan sebagai pemicu ledakan bom nuklear.

Ahmadinejad mengatakan Iran akan menyambut perundingan "di bawah keadaan yang adil". "Kami tidak menyambut konfrontasi, tapi kita tidak menyerah kepada penganiayaan juga," katanya.

Presiden Ahmadinejad juga menolak kritik tentang situasi hak asasi manusia Iran dan tuduhan penangkapan besar-besaran berikutan dengan pilihanraya yang mengambalikannya ke pentadbiran pada bulan Jun.

"Hal-hal ini berkaitan dengan penghakiman. Kami mempunyai undang-undang yang baik. Ada hakim. Orang-orang ini punya peguam. Ini bukan soalan politik." Dia mengatakan orang-orang di Iran mempunyai lebih banyak kebebasan daripada di AS.

Wawancara ABC News itu berlaku sebelum protes terbaru diadakan di pengebumian ulama pembangkang yang berpengaruh, Grand Ayatollah Montazeri.

Iran mengatakan program pengayaan uranium adalah untuk tujuan damai semata, yang bertujuan untuk penjanaan elektrik sehingga dapat mengeksport lebih banyak gas dan minyak.

Tetapi AS dan kuncu-kuncunya mengatakan itu boleh digunakan untuk membangunkan senjata.


Sumber - BBC News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.