Satu barangan antik milik Charles John Huffam Dickens atau Charles Dickens telah dilelong di New York City, iaitu pencungkil gigi yang dibuat dari gading dan emas. Ianya telah dijual di dalam satu acara lelong di New York City dengan harga $9,150 dollar.
Alat menjaga kebersihan gigi itu telah ditawarkan oleh waris keluarga Barnes & Noble untuk dijual pada Selasa lalu di Bonhams New York. Anggaran pra-jualan adalah $3,000 hingga $5,000. Rumah lelong mengatakan bahawa pembeli tidak ingin identitinya dikenali.
Pencungkil gigi tersebut terukir dengan huruf pertama penulis novel tersebut dan mempunyai mekanisma menyusut.
Surat pengesahan daripada kakak iparnya Georgina Hogarth mengatakan penulis Inggeris itu menggunakan pencungkil gigi tersebut "ketika melakukan perjalanan dan pada lawatan terkini ke Amerika."
Penulis itu juga dikenali dengan nama pena 'Boz', mencipta beberapa watak fiksyen paling mengesankan sepanjang masa. Dia adalah novelis British / Inggeris yang paling popular dari era Victoria, dan salah satu yang paling popular sepanjang masa.
Novelnya termasuk The Adventures of Oliver Twist, David Copperfield, A Tale of Two Cities, Great Expectations dan seterusnya. Dickens meninggal pada tahun 1870.
Sumber - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)