Sekumpulan ahli astronomi telah melaporkan tentang penemuan planet baru iaitu GJ 1214b - mungkin boleh dihuni oleh manusia - berhampiran dengan sistem suria, Jeff Manber seorang usahawan angkasa mengatakan mengapa beliau berpendapat penemuan ini sangat menarik.
"Planet ini berhampiran - iaitu sejauh 40 tahun cahaya. Tidak begitu panas - 400 darjah - dan ia mempunyai air, dan nampaknya mempunyai atmosfera, "ujar Manber.
Selain itu, beliau menambah, "ini adalah projek bajet rendah, namanya MEarth. Ini bukan sesuatu yang dilakukan oleh NASA, bukan projek multi-bilion dollar. Hanya dalam masa singkat, dengan menggunakan teleskop kecil, mereka menemui sebuah planet yang kelihatannya seperti boleh menyokong beberapa bentuk kehidupan. "
Ukuran planet GJ 1214b hanya sekitar 2.7 kali ukuran Planet Bumi dengan massa kira-kira 6.5 kali lebih berat dari Bumi.
Sumber - Russia Today
Jeff Manber menjawab pertanyaan kenapa penemuan ini sangat menarik. Beliau mengatakan kerana kita masih ada tempat lagi untuk pergi jika bumi ini sampai ke penghujungnya.
Walau apa pun, ketika akhir dunia datang, tidak ada manusia yang boleh lari daripadanya. Kerana semua planet dan bintang akan binasa. Dan hari penghakiman akan datang selepas itu. Aqidah yang mengatakan masih boleh lari dari hari kiamat ialah aqidah yang bertentangan dengan Islam.
Begitu juga agenda-agenda yang dibawa dalam filem-filem seperti 2012 Supernova, 2012 Doomsday dan 2012 adalah berupa tahyul semata-mata untuk membuatkan manusia lari dari kenyataan. Itu tidak lain dan tidak bukan adalah agenda Illuminati.
Di dalam AlQuran banyak menyebut tentang Hari Kiamat, antaranya yang bermaksud;
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. Hari kiamat itu amatlah berat, di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui"." Surah Al A'raaf : Ayat 187
trimasx atas info nerhhh... blerh tambah ilmu pengetahuan saye...
BalasPadam