Berita Terkini

Orang-orang Yahudi AS makin tak beragama

Orang-orang Yahudi AS makin tak beragama
Orang-orang Yahudi di Amerika Syarikat (AS) sangat bangga menjadi Yahudi. Namun , hampir seorang dalam setiap lima orang Yahudi AS menggambarkan diri mereka tidak beragama . Demikian menurut kajian Pew Research Center yang diterbitkan Selasa ( 1/10/2013 ).

Jurang itu bersifat antaragenerasi. Sebanyak 32 peratus generasi Yahudi hari ini mengenalpasti diri sebagai orang Yahudi berdasarkan keturunan , etnik , atau budaya , sementara 93 peratus orang Yahudi yang lahir tahun 1914-1927 mengenalpasti diri berdasarkan iman mereka.

"Pergeseran pengenalan diri dalam masyarakat Yahudi AS mencerminkan perubahan yang lebih luas di masyarakat AS ," kata Pew's Religion and Public Life Project dalam sebuah ringkasan laporannya yang setebal 210 halaman. "Orang-orang Amerika secara keseluruhan, bukan hanya orang Yahudi , semakin menjauhkan diri dari setiap sekutu agama," kata laporan itu. Masih menurut laporan tersebut , sebanyak 22 peratus rakyat Amerika mengenalpasti diri sebagai orang yang tidak beragama .

Walaupun demikian, 94 peratus responden berkata, mereka sangat bangga menjadi orang Yahudi. Sebanyak tujuh daripada 10 orang merasa sangat melekat atau agak dekat dengan Israel. Menurut Pew, kadar itu pada dasarnya tidak berubah sejak awal abad ke-21.

Hanya 38 peratus responden yang merasa Pemerintah Israel membuat usaha tulus menuju perdamaian dengan Palestin, sementara 44 peratus lain berfikir bahawa penempatan Yahudi di Tebing Barat merugikan kepentingan keselamatan Israel.

Pew menemubual 3,475 orang Yahudi Amerika melalui telefon dari 20 Februari hingga 13 Jun untuk kajian tersebut. Adapun kemungkinan margin error daripada kajian itu kira-kira tiga peratus.

Pendedahan penemuan itu bertepatan dengan lawatan ke Amerika Syarikat oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

[Kompas , AFP]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.