- Menurut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kes kecurian enjin kapal terbang F-5E milik Tentera Udara Malaysia TUDM yang heboh diperkatakan boleh mencemarkan imej negara dan pemimpin negara ini.
Menurutnya, kecurian yang telah berlaku tahun 2007 itu bukan sahaja sesuatu yang sensitif, malah turut mencemarkan imej negara ini di mata dunia luar.
- Menurut Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap kerajaan yang hanya bertindak kepada pegawai atasan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan melepaskan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kehilangan enjin jet pejuang F-5E bernilai RM50 juta.
Ketuanya, Nasrudin Hassan menegaskan, Menteri berkenaan harus bertanggungjawab apabila menghadapi kes seperti ini dengan meletakkan jawatannya kerana ia mengancam keselamatan negara.
- Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, hari ini memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.
"Ini perkara serius. Setahu saya, ia membabitkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," katanya.
Abdul Gani berkata, kes berkenaan rumit kerana ia membabitkan pelbagai agensi seperti kementerian, agensi pengangkutan dan penghantaran, rangkaian keselamatan dan syarikat yang membaik pulih enjin.
Beliau berkata, pihak tentera telah menjalankan siasatan sendiri berhubung kes itu sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis lebih setahun selepas kehilangan enjin berkenaan.
- Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.
Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.
“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.
“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.
- Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.
Datuk Zahid ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.
“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Empat individu termasuk orang awam dan anggota pangkat lain TUDM dikenal pasti terlibat dalam kes yang kini disiasat polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Hari ini, akhbar mendedahkan bahawa sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.
Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid menegaskan, terdapat ramai lagi individu terlibat secara tidak langsung dalam kes berkenaan selain empat yang disebut sebelum ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyifatkan individu yang terlibat dalam skandal kehilangan enjin dan peralatan pesawat itu sebagai pengkhianat serta penderhaka negara.
Katanya, walaupun sistem rekod dan inventori peralatan ATM berada pada tahap terbaik tetapi masih terdapat ‘penderhaka’ yang sentiasa mencari jalan menembusi sistem tersebut.
Sumber
1 - Bernama
2 - Utusan Malaysia
3 - Harakah Daily
4 - Berita Harian
5 - Sinar Harian
Enjin Jet: Anggota Tentera Dan Pengarah Syarikat Didakwa
BalasPadamKUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rabu berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan ke atas anggota TUDM itu dibuat atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan curi dalam bangunan manakala pengarah syarikat tersebut akan didakwa atas kesalahan menolong menghapuskan harta curi.
"Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan anggota tentera berpangkat Sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa malam.
Katanya berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat berkenaan.
Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan anggota tentera itu boleh dihukum bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 109 Kanun yang sama manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Akhbar baru-baru ini mendedahkan kehilangan dua enjin itu pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.
Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.