Pada 8 November iaitu kelmarin, gereja Lutheran di Sweden telah mentauliahkan Eva Brunne sebagai uskup lesbian / homoseksual di sebuah upacara di Cathedral, Uppsala. Uskup-uskup Anglikan dari England dan Ireland Utara telah menolak jemputan untuk menghadiri pentauliahan itu.
Lima uskup dari berbagai tingkat di dalam gereja Anglikan termasuklah uskup besar Canterbury Rowan Williams , telah membuat keputusan tidak mahu hadir ke upacara itu, akhbar Dagen melaporkan.
Upacara ini berlangsung hanya selepas 3 minggu gereja Sweden membenarkan perkahwinan sesama jantina. Ini setelah cadangan itu diluluskan dari undian sebanyak 176 daripada 279 ahli-ahli yang mengundi.
Uskup besar Sweden iaitu Anders Wejryd yang mengendalikan pentauliahan terhadap Brunee berkata bahawa ura-ura yang mengatakan pihak gereja England memboikot majlis itu adalah tidak betul. Malah dia mengatakan bahawa gereja England akan diwakili oleh Reverend Karen Schmidt.
Tetapi beberapa orang uskup lain dari gereja England, Ireland , Iceland, Estonia, Latvia , Lithuania dan juga Pertubuhan Lutheran Sedunia (World Lutheran Federation) juga memilih untuk tidak menghadirinya, juga tidak menyediakan alasan tertentu.
Wejryd berkata bahawa jemputan-jemputan antarabangsa itu ramainya menolak untuk datang kerana ’sememangnya mereka biasanya tidak datang ke sana’.
Walaupun begitu, wakil-wakil dari Afrika Selatan, Filipina, Denmark, Norway, Finland, dan Germany dijangka datang ke majilis tersebut.
Sumber - Hikmatun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)