Seekor bayi beruang panda gergasi berwarna koko yang agak aneh kini ditemui oleh pengkaji-pengkaji di barat laut China. Panda kecil yang berusia baru 2 bulan itu mempunyai bulu berwarna koko sedangkan biasanya panda mempunyai bulu hitam dan putih.
Si kecil itu masih belum membuka matanya ataupun berjalan, kata pakar Foping Giant Panda Reserve di wilayah Shaanxi.
Kata Liang Qihui, ibunya berwarna biasa iaitu hitam dan putih. Panda itu adalah yang kelima berwarna koko dilaporkan ditemui di China, katanya lagi. Saintis masih belum pasti mengapa Pandai itu menjadi warna koko. Panda koko yang pertama dijumpai ialah Dandan yang juga di Foping pada tahun 1985.
Dandan sedang sakit ketika dijumpai dan dibawa pulang ke Pusat Pengkajian Panda (Panda Study Center). Ia kemudiannya melahirkan 3 ekor beruang panda yang normal, tetapi semuanya mati pada usia yang muda.
Beruang panda gergasi adalah salah satu haiwan yang hampir pupus dan hanya boleh ditemui di negara China.
Via - China Daily
Dari mana lah datang nya bapak beruang ni iyyyyerr??? Atau ke dah kehabisan warna hitam dan putih kot??
BalasPadamBeruang panda memang unik. Mungkin kemajuan yang menyebabkan species ini semakin pupus. Ape tak nya, habitat nya (buluh2 special makanan nya ditebang oleh manusia). Lagipun beruang species ini memang tidak tahan lasak.
Pihak berkenaan terpaksalah bekerja lebih keras untuk memelihara baka/keturunan beruang panda ini agar jangan sampai pupus terus..