Berita Terkini

Cendawan Merah : Ganoderma Lucidium

Cendawan Merah (Ganoderma Lucidium) ialah nama saintifik bagi Ling Zhi. Ganoderma dalam bahasa Cina dikenali sebagai Ling Zhi manakalanya Reishi dalam bahasa Jepun. Ganoderma Lucidium merupakan sejenis cendawan daripada famili Polyoraceae. Ganoderma Lucidium merupakan jamur kayu yang konon sudah ribuan tahun deketahui memiliki khasiat ubat. Mulai dari batuk hingga kanser baisa mencapai 2.000ppm dan polisakarida. Kedua-dua unsur ini diyakini sebagai zat ajaib penangkal pelbagai penyakit.

Menurut Sistem Pengklasifikasi Fungsi Ainsworth {1973}, Ganoderma Lucidium tergolong dalam Basidiomycotina, Hymenomycetes, Holobasidiomycetiddae, Aphyllophorales atau Polyporals. Ganodermatacea Ganoderma. Genus cendawan ini ialah Ganoderma dan selain spesies Lucidium, terdapat beberapa spesies lain daripada genus ini Contohnya Ganoderma Lucudium (merah), Ganoderma Applanatum (perang), Ganoderma Tsugae (merah), Ganoderma Sinense (unggu), Ganoderma Oregonense (perang tua).

JENIS-JENIS GANODERMA

GANODERMA LUCIDIUM

Ganoderma Lucidium merupakan sejenis spesies Ling Zhi yang paling dikenali. Ia digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah kesihatan. Ganoderma mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, memiliki badan yang berkilat dan berwarna perang seperti buah berangan, galuran serta spora yang seperti berkalat jelas kesihatan, spora-spora tersebut dibebaskan melalui liang-liang yang berwarna putih atau perang yang pudar.

Ganoderma ini paling banyak digunakan sebagai ubat kerana mengandungi bahan aktif germanium organik hingga 2.000ppm dan terdiri daripada 6 kultivar yang dapat dibedakan dari bentuk spora dan warna tubuh,buah kuning, hijau, putih, hitam dan unggu.


GANODERMA APPLANATUM

Ia merupakan Ling Zhi yang terulung dalam legenda ialah cendawan yang tidak mengandung tangkai yang tumbuh di serata dunia malah pernah mencatat rekod berat sebanyak 12 paun.

Ganoderma Applanatum

GANODERMA TSUGAE

Ia kelihatan seakan-akan G.Lucidium melainkan permukaan cendawannya kelihatan lebih berkilat dan berwarna jingga-kemerahan yang terang.




Ganoderma Tsugae

GANODERMA OREGONENSE

Namanya yang membayangkan segolongan masyarakat tempatan di bahagian barat Amerika Utara. Ia tidak dikaji untuk aktiviti perubatan dan ia diberikan tanggapan bahawa mempunyai sifat-sifat yang seakan-akan spesies yang lain.

Ganoderma Oregonense




KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN

Di dalam teori perubatan tradisional cina, Ganoderma adalah antara kumpulan teratas.Ganoderma dapat memelihara kesihatan keseluruhan, awet muda dan ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan biarpun diambil untuk jangka masa yang panjang. Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui Analisis Saintifik Moden, Terdapat 200 Elemen Aktif Di Dalam Ganoderma.

A) Triterpenoids: Menolong meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol dan lemak neutral di dalam badan. Ia juga efektif kerana dapat mengurangkan kesakitan, membuang bahan toksik dan lain-lain.

B) Adenosin: Tahap kolestrol rendah dan kurang lemak. Melancarkan peredaran darah, mengawal metabolisme dan justeru itu anda kekal sihat dan bertenaga.

C) Polisakarida: Membantu membersihkan toksin yang tersimpan didalam badan, menguatkan daya keupayaan pemulihan badan, mengubah sel tidak normal kepada sel normal, meningkatkan sitem kalis (imun) badan sekaligus memelihara kesihatan keseluruhan.

Telah dikenal pasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2000 pesakit bronkitis diberi sirap Ling Zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60 – 90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 – 90%.

Pada umumnya selain penyakit-penyakit di atas, Ling Zhi dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomnia, diabetes, masalah hati, arthiris dan melegakan kesakitan.

Walaupun Ling Zhi telah digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan tetapi kesan toksik masih tidak dapat diperhatikan. Pengambilan Ling Zhi pada permulaannya akan menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Ini merupakan tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Apabila semua toksin dibersihkan dari badan, keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.

ANALISIS KOMPONEN KIMIA UMUM LING ZHI

KOMPONEN KIMIA

PERATUSAN ( % )

KARBOHIDRAT

43.1

PROTEIN

26.4

ABU

19.0

POLISAKARIDA

11

AIR

6.9

LEMAK

4.5

GENTIAN

0.1

ANALISIS BAHAN BUKAN ORGANIK LING ZHI

BAHAN BUKAN ORGANIK

MG / 100G

FOSFORUS

4150

POTASSIUM

3590

MAGNESIUM

1030

KALSIUM

832

NATRIUM

375

ZAT BESI

82.6

ANALISIS JENIS-JENIS VITAMIN LING ZHI

JENIS VITAMIN

MG / 100G

NIACIN

61.90

B2

17.10

B1

3.49

B6

0.71

HABITAT

Ramai orang mengetahui tentang kesan Ganoderma, tetapi hanya segelintir sahaja menyedari bahawa Ganoderma memerlukan persekitaran yang panas dan lembap, suhu antara 26 – 27 darjah Celsius untuk tumbuh. Justeru itu, banyak Ganoderma yang tumbuh liar di hutan Malaysia.

Sebenarnya Ganoderma mudah ditemui di sekitar lingkungan kita, ia biasa dilihat tumbuh pada pohon yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Biasanya paling banyak ditemui tumbuh pada tanaman angsana ( Pterocarpus Indica ) atau kenari ( Canarium Commune ) seperti yang dinyatakan oleh seorang peneliti Ganoderma Cecep Suryana di Kebun Raya Bogor. Kadang kala Ganoderma juga ada pada tanaman palem ( Palmae ).

Daripada hasil penelitian Kebun Raya Bogor selama 4 tahun akhirnya menyimpulkan bahawa Ganoderma Enedemik tumbuh pada tanaman yang masih hidup. Cecep Suryana juga menyatakan bahawa sifat hidup ia yang epitit, kita biasa perhatikan pada bahagian bawah setiap pohon yang ditumbuhi Ganoderma anggota kelas Basidiomycetes itu perlahan – lahan akan lapuk.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan Ganoderma yang tumbuh semulajadi manusia terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Tetapi pada zaman teknologi yang moden ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkannya. Dengan adanya teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersildi dalam rumah hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.

GANODERMA DI INDONESIA

Ganoderma termasuk salah satu jamur kayu yang telah lama diketahui wujud di Indonesia. Namun ia hanya mula diteliti di Kebun Raya Bogor pada tahun 1993. Pada tahun 1997, telah diketahui wujud 21 jenis Ganoderma di Indonesia seperti yang dinyatakan di bawah:

G. Australe G. Mastosporum G. Asperulatum



G. Applanatum G. Amboinense G. Bruggemanii



G. Chlalceum G. Dejongii G. Dankii



G. Hoehlenianum G. Leytense G. Petchii


G. Philipii G. Torpium G. Trulla



G. Subtornicatum G. Subresinosum G. Trulliforme



G. Vanheurnii G. Weberianum G. Williamsianum



Di Indonesia Ganoderma ini dijumpai di Jawa( Kebun Raya Bogor, Gunung Gede, Kabupaten Garut ), Riau , Pergununggan Kerinci, Bali, Lombok dan Sumbawa. Ganoderma dapat ditemui mulai dari ketinggian 300m daripada hingga dataran tinggi.

GANODERMA DI CHINA

Ling Zhi ialah nama bagi Genoderma dalam bahasa Cina sejak 2000 tahun lalu iaitu pada dinasti Shu. Pada zaman itu Ling Zhi mempunyai nilai yang sangat tinggi dan hanya diperuntukkan untuk kegunaan golongan atasan atau maharaja-maharaja sahaja. Ini kerana Ling Zhi dipercayai sangat berkhasiat dan berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit iaitu mulai dari penyakit ringan hingga ke penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser. Ini telah menyebabkan masyarakat China mengelarkan Ling Zhi sebagai ‘Si Ubat Dewa’.

Menurut sejarah China, cendawan ini ditemui oleh seorang petani yang bernama Seng Nong yang juga digelar ‘Petani Yang Suci’. Menurut beliau, Ling Zhi merupakan sejenis tumbuhan yang dicuba olehnya. Beliau telah menghasilkan sebuah manuskrip yang berjudul Herbal Seng Nong Klasik yang dikatakan merupakan material medica China yang terulung. Malahan pada masa ini, manuskrip ini masih dianggap sebagai asal atau panduan kepada ubat tradisional China dan ubat tradisional timur pada umumnya.

PENYEDIAAN GANODERMA DENGAN KAEDAH TRASIONAL

Pada zaman dahulu masyarakat menggunakan kaedah tradisional dalam proses penyediaan Ling Zhi kerana tidak mempunyai peralatan yang moden terutamanya mastarakat China. Masyarakat China menggunakan cara merebus seperti mana merebus herba-herba yang lain demi mendapatkan ekstrak.

Secara tradisionalnya, Ling Zhi dapat disediakan dengan menjadikan cendawannya sebagai serbuk dan direbus pada suhu yang hampir mendidih selama dua hingga tiga jam ataupun sehingga paras air yang asal berkurangan sebayak dua per tiga. Teh itu kemudiannya ditapis dan ia boleh dimaniskan dengan madu tetapi sebaik-baiknya elakkan penggunaan gula biasa. Manakala serbuk yang kelihatan biasa seperti ‘bola bulu yang basah’ boleh digunakan semula sehingga warna tehnya menjadi pudar iaitu lebih kurang sebanyak tiga kali. Bagi mengurangkan rasa pahit teh tersebut, sedikit esen laichee (fructus lycii) dan glukosa natural boleh ditambahkan. Ekstrak laichee bukan sahaja boleh memperbaiki rasa teh Ling Zhi malah ia juga memberi manfaat kepada organ hati.

Namun ada juga cara tradisional yang lebih memudahkan iaitu Ling Zhi akan direbus di dalam air untuk beberapa jam ataupun dibiarkan direndam di dalam alkohol selama beberapa minggu supaya kandungan yang aktif itu dapat larut di dalam alkohol dan ia
dapat diminum.



PENYEDIAAN GANODERMA DENGAN KAEDAH MODEN

Untuk meperolehi Ganoderma dengan kualiti yang baik dan kuantiti yang banyak, faedah moden diperkenalkan dalam proses penanaman, pengeluaran ataupun proses penyediaan seperti yang dinyatakan di bawah.



KAEDAH PENANAMAN

1) Kaedah Tisu Kultur

Penghasilan semula sejuta kuntum Ganoderma daripada satu Ganoderma induk dan memilih hanya terbaik.

2) Kaedah Penanaman Organik

Tiada bahan kimia, racun serangga dan hormon; hanya bahan semulajadi seperti sekam padi dan gentian kayu digunakan dalam penanaman. Kaedah ini hanya mengambil masa tiga bulan untuk membolehkan Ganoderma dipetik, sedangkan negara lain memerlukan tempoh selama enam bulan atau lebih.

3) Susunan Secara Menggantung

Sebagai alternatif terhadap penanaman. Ganoderma di atas tanah, kaedah gantungan Ganoderma membantu mengelak penyerapan bahan-bahan penyerapan bahan-bahan yang tidak diingini.

TEKNIK PENGELUARAN

1) Pemprosesan Penyejukan Semula Jadi

Semua Ganoderma tidak melalui proses haba. Jadi elemen aktif Ganoderma tidak terjejas sekaligus mengekalkan kesemua 100% bahagian berkhasiat Ganoderma.

2) Pengasingan Tiber

Menggunakan teknik khas yang dimajukan oleh syarikat untuk membuang tiber kurang efektif daripada Ganoderma dan hanya bahagian yang paling berkhasiat dipilih spora.

3) Menghasilkan Serbuk Spora

Hasil teknik yang unik untuk menghancurkan selaput keras spora, dan mengisar kepada bentuk sebuk spora bersaiz mikro. Kesemua elemen aktif Ganoderma dipelihara melalui proses ini.


PRODUK YANG DIHASILKAN

Masyarakat amat mempercayai cendawan yang digelar Ling Zhi ini amat berkhasiat untuk manusia. Faktor ini telah menyumbang kepada menjadikan Ling Zhi ini dijadikan produk yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kini Ling Zhi telah dijadikan produk yang komersial oleh kebanyakan negara misalnya Jepun, China, Taiwan, Korea, Amerika Syarikat dan juga di Asia Tenggara. Ekstrak Ling Zhi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti kapsul dan pil.

Di samping makanan dan minuman kesihatan, Ganoderma juga dapat menghasilkan produk penjagaan diri untuk mengelakan orang ramai daripada pengambilan bahan kimia dan toksin yang berlebihan ketika memberus gigi, membasuh rambut dan mandi serta pada masa yang sama memelihara kesihatan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.