Ibnu Aqil menyebutkan di dalam Al-Funuun, dia berkata; "Di tempat kami ada satu tempat tinggal, yang siapa pun menetap di sana tentu akan maut. Satu kali ada seorang dari Maghribi (Morocco) yang menyewa tempat itu dan dia cukup puas dengan tempat itu. Dia menetap di sana dan tetap dalam keadaan selamat.
Para jiran tetangga di situ menjadi hairan. Memang orang itu tidak akan lama berada di sana dan mahu pindah lagi. Dia ditanya tentang hal itu. Maka dia menjawab, "Ketika aku sedang berada di tempat itu, aku mendirikan solat Isya' dan aku membaca sebahagian dari Al-Quran. Tiba-tiba muncul seorang pemuda yang menonjol dari dalam sumur, seraya mengucapkan salam kepada ku. Aku pun menjadi takut. Dia berkata, "Engkau aman di tempat ini. Ajarkan lah kepada ku sebahagian dari Al-Quran."
Maka aku segera mengajarinya Al-Quran. Lalu aku bertanya, "Bagaimana cerita nya dengan rumah ini?" Dia menjawab, "Kami adalah Jin Muslim yang biasa membaca Al-Quran dan Solat. Sementara orang-orang yang pernah menetap di sini adalah orang-orang fasiq yang suka berkumpul untuk minum arak. Kerana itu kami mencekik mereka."
Aku berkata, "Pada malam hari aku takut pada mu, maka datang lah waktu siang hari."
"Ya," katanya.
Suatu kali aku bertemu dengannya, yang ketika itu dia sedang membaca Al-Quran. Tiba-tiba muncul seorang tukang mentera berdiri di ambang pintu seraya berkata, "Aku dapat mengubati sengatan binatang yang melata, dari pandangan mata jahat (ain) dan dari jin."
"Apa itu?" Tanya ku.
"Ini adalah mentera." Jawabnya.
Ketika aku masuk rumah ini, ada beberapa ekor ular dari jin yang bergantungan di atap. Orang itu membaca mentera, yang membuatkan ular-ular itu jatuh ke bawah. Orang itu hendak memasukkan ular-ular tersebut ke dalam bekas arak. Tetapi aku melarangnya.
"Apakah engkau menghalangiku untuk mengambil hasil buruanku?"
Aku memberinya beberapa dinar dan setelah itu dia pun pergi. Jin keluar dalam keadaan lemah dan pucat. Aku bertanya, "Apa yang terjadi kepadamu?"
Dia menjawab, "Orang itu telah membunuh ku dengan nama-nama dalam menteranya, dan aku fikir aku tak akan selamat lagi. Tabahkan lah hati mu jika engkau mendengar suara rintihan dari dalam sumur."
Pada malam harinya aku mendengar suara rintihan dan setelah itu diam. Ibnu Aqil mengatakan, bahawa setelah itu tidak seorang pun yang menetap di dalam rumah tersebut.
[ Luqatul Marjaan fii ahkaamil Jaan, m/s 67 - 68 - Imam as-Suyuthi ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)