Berita Terkini

Kenapa ada Jin yang suka kepada Bau Busuk?

Kenapa ada Jin yang suka kepada Bau Busuk
Assalaamu'alaikum w.b.t.... Mungkin ada orang yang masih hairan, kenapa agaknya ada jin yang suka kepada bau busuk. Ada yang rasa seperti ianya tak masuk akal. Masakan jin suka kepada bau-bau busuk?

Ya, ianya tidak masuk akal jika anda fikir hidung si jin itu sama dengan hidung anda.  Tahukah anda sebenarnya, najis anda pun sebenarnya tidak busuk? Ya, cuba suruh ayam itik menghidunya, ada dia kata najis itu busuk? Usahkan busuk, malah dimakannya najis itu. Yummy katanya. Cuba suruh kucing duduk berdekatan dengan najis itu, santai sahaja dia tanpa ada kerisauan apa-apa. Cuba anda letakkan najis itu di tepi dinding simen, ada simen itu kata najis itu busuk? Cuba anda beri najis itu kepada pokok, ada pokok kata najis itu busuk?

Pada hakikatnya najis itu tidak busuk kepada makhluk-makhluk lain. Ia cuma ada masalah dengan hidung kita kerana Allah S.w.t sudah menciptakan hidung kita sebegini rupa. Maka, deria bau hidung si jin itu tidak sama seperti deria bau hidung kita. Kerana itu lah jangan hairan kalau ada jin yang suka kepada bau yang sangat busuk. Jangan hairan kalau ada jin yang suka makan benda-benda kotor pun. Kerana deria bau dan rasa mereka bukan sama seperti kita.  Kotor bagi kita tak semestinya kotor bagi mereka.

Begitu juga najis itu memberi mudarat kepada kulit dan organ tubuh kita, kerana najis itu ada bakteria yang merbahaya kepada kulit dan organ manusia. Tetapi najis tidak memudaratkan simen, besi, kayu dan sebagainya. Maka kalau lah Allah S.w.t mengubah struktur tubuh kita, mengubah struktur kulit kita menjadi format lain, menjadi aloi ke apa ke, boleh sahaja najis sudah tidak mudarat kepada kita. Tetapi itu bukan di dunia ini lah, mungkin di syurga nanti insyaAllah. Allah Maha Mencipta, subhanAllah.

Kerana itu juga bekal yang diminta oleh jin dari Nashibain kepada Rasulullah S.a.w ialah tulang dan kotoran haiwan, walaupun jin itu jin Muslim. Maka jangan hairan. 

Justeru, dalam dunia ini, suatu perkara yang tak masuk akal bagi kita, jangan terburu-buru mengatakan perkara itu mustahil atau nonsense. Kaji dulu, fikir dulu. 

Sabda Rasulullah S.a.w yang maksudnya, "Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (Zat) Allah." (Sahih Al-Jami’ al-Saghir (2976),. Hadits Hasan)

Wallahu a'lam :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.