Berita Terkini

Kalau anda TIDAK SOLAT, jangan beritahu seluruh dunia bahawa anda TIDAK SOLAT

Assalaamu'alaikum w.b.t........  Pada awalnya saya tidak mahu sentuh tentang perkara ini dalam blog cap ayam ni. Tetapi setelah saya lihat ada seorang hamba Allah yang tidak mahu solat lima waktu kerana tidak khusyu' itu telah semakin menjadi-jadi di channel Youtube beliau, maka saya tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh sahaja.

Kalau anda tidak solat, dan hanya diam tidak beritahu kepada umum, itu dosa anda dengan Tuhan. Tak perlu mana-mana ustaz atau sesiapa pun tegur anda. Tetapi kenapa anda siap upload ke Youtube dan menceritakan dengan details kenapa anda tidak solat itu? Kemudian mengaitkannya dengan Makrifat bagai. Tetapi setelah ada orang menegur anda, anda melenting,. tahu pulak marah yer.

Meningggalkan SOLAT lima waktu dengan SENGAJA adalah salah satu KEMUNGKARAN, dan perkara yang MUNGKAR itu WAJIB ditegur dengan BERHIKMAH. Dan semua orang tahu tentang tegur dengan perbuatan, lisan dan hati tu.  Maka tidak salah jika ramai yang BANGKIT MENEGUR anda kerana anda sendiri yang VIRAL kannya kepada PUBLIK.  Cuma, yang menegur pun JANGAN OVER, berHIKMAH (BIJAKSANA) lah ya :-)

Sekarang pula semakin menjadi-jadi anda menuduh ustaz-ustaz feqah tu hanya suka MENGHUKUM orang. Dah itu bidang mereka, iaitu bab HUKUM-HAKAM, memang kena bercakap soal HUKUM lah, takkan nak bercakap tentang karburetor motosikal pulak. Anda mengata pada ustaz-ustaz itu suka MENGHUKUM, dalam masa yang sama anda sedar atau tidak bahawa anda yang sebenarnya SEDANG MENGHUKUM mereka? Tambah lagi dengan video terbaru yang anda upload mengatakan ada seorang ustaz itu IBLIS bertopengkan USTAZ. Astaghfirullah.

Anda sendiri tahu bahawa ustaz itu telah SALAH FAHAM terhadap anda. Maka nasihatilah dia sepertimana anda menasihati seorang manusia YANG SALAH FAHAM terhadap seseorang. Dia mungkin tersalah dengar info, tersilap dengar tak habis, agak gopoh untuk mengkritik dan seumpamanya. Maka kenapa sampai anda terus melabel dia sebagai IBLIS?  Iblis itu hanya perkataan MAINAN? Seorang yang mempunyai makrifat yang tinggi kah sebegitu?

Ketahuilah wahai saudara, dalam AlQuran bukan bercakap soal makrifat sahaja tetapi banyak juga dengan HUKUM-HAKAM @ Feqah @ Fiqh @ Syariat. Dan penjelasan / tafsirannya hanya Nabi Muhammad S.a.w yang paling tahu, maka telah baginda S.a.w jelaskan melalui hadits-hadits beliau. Kita tidak boleh tafsir AlQuran sesuka hati kita kerana AlQuran bukan TURUN DIRECT kepada kita, tetapi melalui Nabi Muhammad S.a.w. Maka tafsiran-tafsiran yang anda faham melalui AlQuran perlu merujuk kepada ulama ULUM QURAN kerana mereka yang mendalami ilmu-ilmu tersebut dari ulama dulu, dari tabi;en, dari sahabat r.a dan dari Nabi S.a.w.

Takkan saudara tidak tahu bahawa Islam ini terdiri dari 3 bahagian besar iaitu 1- Aqidah / Usuluddin / Tauhid / Makrifat, 2 - Fiqh / Syariat / Hukum-hakam dan 3 - Akhlak / Ihsan / Tasawwuf. Itu yang ditanya oleh Jibril a.s kepada Rasulullah tentang APA ITU ISLAM. Jika bercerai satu, maka rosaklah jadinya. Tidak boleh berpisah 3 bahagian ini.

Anda tidak mahu solat lima waktu kerana anda mengatakan anda tidak khusyu' itu terserah pada anda, tetapi JANGAN viral / sebarkan FAHAMAN anda itu. Takkan anda tidak boleh fikir di luar sana ramai anak-anak muda dan golongan-golongan baru yang masih mentah dalam ilmu agama. Kalau semakin ramai umat Islam jadi TIDAK SOLAT kerana tidak khusyu' nanti, anda mahu tanggung semua DOSA itu? 

APA TUJUAN anda beritahu tentang itu sebenarnya? Anda mengatakan anda BUKAN nak MENGAJAR orang, tetapi anda sedar atau tidak, itu SAMA seperti anda nak MENGAJAR orang tentang FAHAMAN anda. Kalau anda tidak mahu ajar FAHAMAN anda, yuk cuba jawab, APA TUJUAN anda bercakap pada publik tentang hal tersebut? Kerana dalam masa yang sama anda kaitkannya dengan makrifat segala macam. Dan saya pernah dengar sendiri dari mulut anda dalam salah satu video yang anda upload, setelah ditanya oleh seorang hamba Allah yang rekod video tu, adakah anda mahu mengajar suatu hari nanti, anda jawab YA anda ada keinginan sedemikian. 

Kalau anda hanya bercerita kepada kawan anda secara RAHSIA dalam rumah anda, kami semua tidak patut buang masa kami bercakap tentang anda. Sedangkan Khalifah Umar Al-Khattab r.a pun MENGALAH dan tidak MENGHUKUM pada orang yang melakukan MAKSIAT dan KEMUNGKARAN dalam rumah mereka. Kerana dalam AlQuran pun ada ayat melarang kita MENGINTIP. Semua orang ada dosa masing-masing dalam rumah masing-masing. Kita semua TIDAK ADA HAK untuk mengganggu privasi orang lain selagi mereka TIDAK MENGGANGGU orang lain atau jiran sebelah. 

Tetapi anda, dengan sewenang-wenangnya menceritakan sendiri hal TIDAK SOLAT lima waktu anda pada orang ramai di Youtube, itu SALAH ANDA sendiri. Maka jangan salahkan orang lain jika ada orang yang MENEGUR anda walaupun ianya PEDAS / PAHIT / KURANG MANIS. Remove semua video anda berkenaan PENGAKUAN TIDAK SOLAT anda, MOHON MAAF secara terbuka, barulah anda layak DEFEND diri anda.

Saya sudah banyak memerhati dan mendengar hujjah-hujjah anda dalam video anda, kerana saya bukan seorang yang mudah membuat keputusan terhadap seseorang. Saya akan kaji dan dengar dengan teliti terlebih dahulu. Anda tidak suka orang lain MENGHUKUM diri anda, tetapi anda juga banyak melontarkan ayat-ayat PERLI kepada mereka-mereka yang solat lima waktu sambil gelak-gelak kecil. Kononnya mereka MASIH TIDAK FAHAM (walaupun mereka-mereka yang anda maksudkan itu ialah para USTAZ yang dah banyak belajar ilmu agama), anda dan golongan anda sahaja yang FAHAM. Anda bercakap soal akhlak, tetapi berakhlak kah diri anda ketika anda memperkatakan tentang ayat-ayat perli itu? Sama je anda, saya dan siapa-siapa pun. Kita semua ada LEBIH dan KURANG masing-masing. Maka soal itu kita sama-sama timbang biar ADIL lah kerana kita semua BUAT SILAP.  Kalau tak apa guna nabi kata, "Seluruh anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat." (HR Ibnu Maajah no 4241)

JANGAN MERASA diri kita ini SUCI dan langsung TIDAK SALAH. Sampai bab SOLAT WAJIB pun langsung tidak boleh ditegur. Anda sendiri yang pandai-pandai sebarkan bahawa anda TIDAK SOLAT, maka anda perlu BERTANGGUNG-JAWAB lah dengan perkara itu.

Tentang Solat Daim itu sepatutnya sudah CLEAR, bahawa ianya termasuklah solat LIMA WAKTU itu, tidak boleh dibuang dengan cara apa sekalipun kerana Rasulullah S.a.w menunaikannya sampai beliau WAFAT. Telah jelas hadits "Dan solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.” [H.R. Bukhari]  Dan banyak hadits lain yang menyebut tentang waktu-waktu solat. Yang pasti, Nabi Muhammad S.a.w tidak MENINGGALKAN dari menunaikan solat lima waktu itu. Dan mazhab 4 pun SEPAKAT tanpa ada PERBEZAAN PENDAPAT LANGSUNG. Yang ada berbeza sedikit cuma perbuatan-perbuatan cabang kecil nya sahaja seperti baca qunut atau tidak, letak tengan di mana dan sebagainya.

Dalam AlQuran sendiri menyebut tentang BERDIRI, RUKU' dan SUJUD, bermakna solat itu ada BERDIRI, RUKU; dan SUJUD.  Contohnya;

"Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk." (Surah Al-Baqarah : 43)

"Wahai hamba hamba yg beriman! Ruku'lah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung" (Surah AL-Hajj : 77).

"... bersujudlah dan mendekatlah kepada Allah." (SurahAl 'Alaq : 19)

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat/sembahyang fardhu, khasnya solat/sembahyang Wusta (solat/sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat/sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu.". (Surah Al-Baqarah :238)

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat/sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah :149)

Dan sudah tentu penjelasan panjang lebar mengenai solat itu ada dalam hadits-hadits Nabi S.a.w, sama lah seperti perkara lain pun. Bab zakat ke, haji ke, Hukum Hudud, Qisas, Takzir dan sebagainya ke, semua penjelasan lanjut dalam hadits. AlQuran hanya memberitahu intinya sahaja, huraian, penjelasan dan tafsirannya di dalam hadits.

Tentang Solat Daim yang difahami oleh saudara iaitu yang sambil BERJALAN dan BERKENDERAAN itu, kita mesti FAHAM TAFSIRANNYA tentang apa. Seperti ayat "Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solat/sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat/sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 239) 

Sila rujuk TAFSIR IBNU KATSIR atau kitab-kitab tafsir muktabar dari ulama besar, ayat tersebut sebenarnya MERUJUK kepada SOLAT KHAUF (TAKUT), iaitu ketika seseorang berada dalam KEADAAN BERPERANG / DI MEDAN PERANG. Maka dalam keadaan KETAKUTAN begitu, dalam erti kata lain DARURAT, maka boleh lah solat dalam keadaan bagaimana pun setakat yang MAMPU. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada kisah dan Asbab Nuzul (sebab-sebab turun) ayat tersebut, bukan main faham ikut fahaman kita semata.

Tafsiran yang diberikan oleh saudara bahawa ayat tersebut merujuk kepada SOLAT DAIM adalah SANGAT JAUH TERSASAR.  

Maka, yang patut kita buat ialah SOLAT dan sentiasa cuba MEMPERBAIKI SOLAT kita agar semakin elok semakin elok. Bukannya nak tunggu betul-betul KHUSYU' baru nak solat.  Practise makes perfect, perkara apa pun kalau nak makin mahir dan mantap perlu dibuat berulang-ulang. Contoh, bagaimana anda mahu menjadi mahir BERMAIN BOLA jika anda nak tunggu anda jadi macam Ronaldo baru nak berlatih bermain. Memang tak kan lah kerana Ronaldo juga berasal dari tidak pandai dan perlu membuat LATIHAN yang banyak.

Allah mahu lihat USAHA kita itu, bukannya NIAT semata-mata. Sama seperti BERDAKWAH, yang penting kita USAHA untuk dakwah. Orang terima atau tidak dakwah dari kita, itu bukan urusan kita. Yang memberi HIDAYAH hanya Allah S.w.t. Apa lagi bab IBADAH WAJIB. Dah namanya WAJIB, maka WAJIB lah dilakukan tanpa SOAL.

Kemudian mengenai ayat , "Neraka wail bagi orang-orang yang sembahyang (solat), iaitu mereka yang lalai dari sembahyangnya.” (Surah Al Maa'uun : ayat 4 & 5)

NERAKA WAIL bagi orang-orang yang SOLAT yang lalai itu bukan kepada orang yang TAK KHUSYU'.  Tak khusyu' itu hanya MENGURANGKAN PAHALA. Kalau menurut tafsiran Ibnu Abbas r.a dan beberapa lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah SOLAT ORANG MUNAFIQ. "Yakni orang-orang Munafiq yang mengerjakan solat ketika di hadapan ramai orang, dan tidak mengerjakannya ketika bersendirian." Kerana itu saya ULANGI, perlu kita FAHAMI Kisah dan sebab-sebab turun ayat Quran itu dulu, jangan main faham ikut BAHASA kita semata.

Sebagai renungan terakhir bersama, mari kita hayati hadits peringatan ini. "Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin (orang-orang yang sengaja mempamer atau memberitahu dosa mereka)......." (HR Bukhari , no 6069)

Saya juga mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa. Hanya 10 cents from me setakat yang saya nampak tidak ada lagi orang yang menyebut tentang beberapa perkara yang disebutkan di atas. Semoga Allah sayang, ampunkan segala dosa kita, beri petunjuk kepada kita semua sentiasa.

Wallahu a'lam .......


Yang benar;

Al-Faqir AHMAD NIZAM BIN AWANG @ Neezhom Al-Maniri



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.