Tahu kah kita apa yang terkandung dalam hati setiap saudara kita di luar sana? Kalau tidak tahu, maka tidak perlulah kita selalu membuat andaian tentang hal-ehwal saudara kita. Andaian-andaian yang dibuat pula selalunya adalah sangka buruk semata, tanpa ilmu. Apa lagi sehingga kita dengan mudahnya menuduh mereka SYIRIK dan sebagainya, na'udzubillah.
Ramai Netizen yang sudah dilantik menjadi TUAN HAKIM dan MUFTI agaknya zaman sekarang. Tanpa usul periksa, tanpa siasatan lanjut, tanpa bukti yang kuat, tanpa mengenal terlebih dahulu peribadi orang yang dituduh, terus dengan mudah saja menuduh orang lain SYIRIK / MUSYRIK. Alangkah besarnya tuduhan itu, kalau tuduhan itu salah, tidak takut kah kita tuduhan itu akan KEMBALI kepada kita sendiri?
Tuduhan kembali kepada diri sendiri satu hal, malah kalau tuduhan salah, kita juga BERDOSA kepada orang yang dituduh. Selagi kita tidak mendapat kemaafan daripada beliau, selagi itu dosa kita terhadapnya TIDAK DIAMPUN. Adakah kita mahu MENANGIS MERANGKAK di Mahsyar di akhirat nanti untuk mencari beliau untuk MEMINTA AMPUN? Waktu itu sudah TERLAMBAT. Penyesalan sudah tidak ada gunanya di kala itu.

Terlalu VIRAL sekarang isu-isu terutama berkenaan dengan paranormal, dimana tuduhan SYIRIK sangat mudah dilemparkan. Sedangkan kalau kita lihat dalam mahkamah pun, untuk menjatuhkan TUDUHAN / HUKUMAN terhadap seseorang, perlu ada bukti-bukti, soal-jawab, penelitian, saksi, hujjah dan sebagainya. BUKAN SENANG. Tetapi para netizen yang tidak bertanggung-jawab dengan mudah menuduh orang itu orang ini sebagai MUSYRIK atau melakukan KESYIRIKAN.
Fatwa yang hendak dikeluarkan oleh mufti pun bukan secara berseorangan, tetapi mesti mesyuarat sesama mufti dengan kajian-kajian mendalam dari berbagai aspek dan bidang ilmu. Malah netizen dengan mudahnya mengeluarkan fatwa sendiri.

Walhal orang yang dituduh itu kita TIDAK PASTI lagi keadaannya bagaimana. Mungkin dia tidak faham, mungkin ilmu agamanya kurang, mungkin dia TERSALAH, mungkin dia KELIRU dengan apa yang dilihatnya, dan banyak kemungkinan lain yang perlu disiasat terlebih dahulu. Sedangkan kalau kita lihat orang SEMBAH PATUNG sekali pun, tidak boleh kita terus menuduhnya SYIRIK, kerana belum tentu dia sembah dengan SENGAJA. Mungkin dia dipaksa dan diugut dengan ugutan BUNUH, mungkin dia tidak sedar dan sebagainya.
Dan saya pun tidak faham kenapa para netizen ini SANGAT SUKA mencerca dan menuduh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Adakah itu HOBI anda? Atau anda CEMBURU dengan kejayaan orang lain? Atau anda jenis yang tidak berjaya malah cara untuk memuaskan hati anda ialah dengan MENJATUHKAN ORANG LAIN? Di mana kah rasa prihatin dan rasa sayang kita pada sesama saudara kita?
Jika anda berniat mahu tegur kesalahan orang itu sudah bagus. Tetapi sebaiknya jangan lah hanya terus MENUDUH SYIRIK begitu saja. Mungkin boleh beri nasihat dengan memberitahu bahawa kita risau takut sesuatu perkara yang dilakukan itu menjadi SYIRIK sahaja. Beritahu tentang kerisauan dan keprihatinan kita beserta dengan hujjah dan dalil dengan baik. Sekurang-kurangnya lunak juga hati mendengarnya. Dan tidak lah menampakkan bahawa orang Islam ini sangat MUDAH MENUDUH / MENGHUKUM orang.
Jika anda TIDAK MAMPU untuk BERHUJJAH, atau MALAS, maka sebaiknya DIAM. Kenapa perlu memandai-mandai apa yang kita tidak pandai? "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." [Hadits Riwayat Bukhari]
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Dan yang penting, serahkan kepada ahlinya untuk berbincang. Jika ianya bersangkut dengan masalah agama, maka serahkan kepada ahli agama untuk berbincang dan berjumpa dengan si polan yang dituduh. Lakukan dengan kaedah dan cara yang betul, baru lah nampak kecantikan hidup beragama.
Ntah lah, saya bukannya mahu membela siapa-siapa sangat, cuma sedih dengan hal ehwal yang berlaku hari ini. Kerana TUDUHAN SYIRIK itu bukan perkara ringan, tetapi satu tuduhan yang SANGAT BESAR. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua, amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)