Berita Terkini

Kisah Lelaki Ceret-Beret dan Rasulullah suruh minum Madu

madu lebah
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahihnya masing-masing melalui riwayat Qatadah, dari Abul Mutawakkil Ali ibnu Daud An-Naji, dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. yang menceritakan bahawa pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.a.w, lalu berkata, "Sesungguhnya saudara lelaki ku terkena penyakit buang air." Maka Nabi S.a.w. bersabda, "Berilah minum madu."

Lelaki itu pulang dan memberi minum madu kepada saudaranya. Kemudian dia kembali dan berkata, "Wahai Rasulullah, saya telah memberinya minum madu, tetapi tiada membawa kebaikan melainkan bertambah parah buang airnya." 

Rasulullah S.a.w. bersabda, "Pergilah dan berilah dia minum madu."

Lelaki itu pulang dan memberi minum madu kepada saudaranya yang sakit itu. Tetapi dia kembali lagi dan berkata, "Wahai Rasulullah, tiada kemajuan, melainkan makin parah." Maka Rasulullah S.a.w. bersabda: 

"Mahabenar Allah dan dustalah perut saudaramu itu. Pulanglah dan berilah dia minum madu lagi!"  Maka lelaki itu pergi dan memberi minum madu saudaranya, maka sembuhlah saudaranya itu. 

Salah seorang ahli ketabiban memberikan analisisnya tentang hadist ini, bahawa lelaki yang dimaksudkan (si penderita) menderita sakit buang air. Setelah diberi minum madu, sedangkan madu itu panas, maka penyakitnya menjadi terurai, sehingga cepat keluar dan ceret-beretnya makin bertambah. Akan tetapi, orang Badwi itu mempunyai pengertian lain, yakni madu membahayakan kesihatan saudaranya, padahal sebenarnya bermanfaat bagi saudaranya. 

Kemudian dia memberi saudaranya minum madu sekali lagi, tetapi ceret-beret saudaranya itu kian bertambah, lalu diberinya minum madu sekali lagi. Dan setelah semua endapan yang merosak kesihatan dalam perutnya keluar, barulah perutnya sihat, ia tidak memulas lagi, dan semua penyakit hilang berkat petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah S.a.w. dari Tuhannya.

Firman Allah S.w.t. 

 فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ

"....... di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia."  (An-Nahl: 69) 

Di dalam madu terdapat ubat penawar yang mujarab bagi manusia untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang dialami mereka. Salah seorang ulama yang membicarakan tentang pengubatan cara Nabi mengatakan bahawa, seandainya ayat ini menyebutkan "Asy-syifa-u lin nas",  tentulah madu dapat dijadikan sebagai ubat untuk segala macam penyakit. Akan tetapi, disebutkan "syifa-un lin nas", yakni ubat penyembuh bagi manusia dari penyakit-penyakit yang disebabkan kedinginan; kerana sesungguhnya madu itu panas, dan sesuatu itu diubati dengan lawannya. 

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah an-Nahl, ayat 69]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.