Al-Hafidz Abul Qasim At-Thabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdullah Al-Hadhrami, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Zaid ibnul Habbab, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai'ah, dari Khalid ibnu Yazid As- Saksiki, dari Sa'id ibnu Abu Hilal, dari Muhammad ibnu Abul Jahm, dari Al-Harits ibnu Malik Al-Ansari, bahawa dia bersua dengan Rasulullah S.a.w, lalu Rasulullah S.a.w bertanya kepadanya;
"Bagaimanakah keadaanmu pagi hari ini, hai Harits?"
Al-Harits menjawab, "Kini aku menjadi orang yang beriman sesungguhnya."
Rasulullah S.a.w bertanya lagi, "Fikirkanlah apa yang telah kamu katakan itu, kerana sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hakikatnya masing-masing. Maka bagaimanakah hakikat imanmu?"
Al-Harits menjawab, "Aku jauhkan diriku dari duniawi. Aku berjaga di malam hariku (seraya melakukan shalat sunat) dan kuhauskan diriku di siang harinya (seraya menjalankan puasa), sehingga seakan-akan diriku melihat 'Arasy Tuhanku nampak jelas, melihat ahli syurga yang sedang saling berkunjung di antara sesamanya di dalam syurga, dan melihat penduduk neraka sedang menjerit-jerit di dalamnya."
Maka Nabi S.a.w bersabda, "Hai Harits, sekarang engkau telah mengetahui, maka tetaplah pada jalanmu," sebanyak tiga kali.
[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Anfaal, ayat 4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)