Berita Terkini

Kisah Sahabat disuruh Terjun ke dalam Unggun Api

Unggun api
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri di antara kalian, kemudian jika kalian berbantah-bantahan tentang sesuatu, maka kembalikan lah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (Sunnah)." [Surah an-Nisaa' : 59]

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sadaqah ibnu Fadl, telah menceritakan kepada kami Hajaj ibnu Muhammad al-A'war, dari Ibnu Juraij, dari Ya'la ibnu Muslim, dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas berkenaan dengan firman-Nya;

أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

"... Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri di antara kalian, ......." [Surah an-Nisaa' : 59]

Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abdullah ibnu Hudzafah ibnu Qais ibnu Addi ketika dia diutus oleh Rasulullah S.a.w untuk memimpin suatu pasukan khusus.

Perkara yang sama diketengahkan oleh jama'ah lainnya, kecuali Imam Ibnu Majah, melalui hadits Hajaj ibnu Muhammad al-A'war. Imam at-Tirmidzi mengatakan hadits ini Hasan Gharib. Kami tidak mengetahuinya kecuali melalui hadits Ibnu Juraij.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awwiyah, dari Al-A'masy, dari Sa'd ibnu Ubaidah, dari Abu Abdur Rahman as-Sulami, dari Ali yang menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w mengirimkan satu pasukan khusus, dan mengangkat menjadi panglimanya seorang lelaki dari kalangan Ansar. Setelah mereka berangkat, maka si lelaki Ansar tersebut mendapati sesuatu pada diri mereka. Maka dia berkata kepada mereka, "Bukankah Rasulullah S.a.w telah memerintahkan kepada kalian untuk taat kepadaku?" Mereka menjawab, "Memang benar." Lelaki Ansar itu berkata, "Kumpulkan-lah kayu bakar buatku." Setelah itu lelaki Ansar tersebut meminta api, lalu kayu itu dibakar.

Selanjutnya lelaki Ansar berkata, "Aku bermaksud agar kalian benar-benar memasuki api itu." Lalu ada seorang pemuda dari kalangan mereka berkata, "Sesungguhnya jalan keluar bagi kalian dari api ini hanyalah kepada Rasulullah. Kerana itu kalian jangan tergesa-gesa sebelum menemui Rasulullah. Jika Rasulullah S.a.w memerintahkan kepada kalian agar memasuki api itu, maka masuklah."

Kemudian mereka kembali mengadap Rasulullah S.a.w, dan menceritakan perkara itu kepadanya. Maka Rasulullah S.a.w bersabda kepada mereka;

لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا .  إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

"Seandainya kalian masuk ke dalam api itu, nescaya kalian tidak akan keluar darinya selama-lamanya. Sebenarnya ketaatan itu hanya pada kebaikan."

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengenengahkannya di dalam kitab Shahihain melalui hadits Al-A'masy lafaz yang sama.

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ

"....... Kemudian jika kalian berbantah-bantahan tentang sesuatu, maka kembalikan lah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (Sunnah)." [Surah an-Nisaa' : 59]

Menurut Mujahid dan bukan hanya seorang dari kalangan ulama Salaf, yang mengatakan bahawa makna yang dimaksudkan ialah mengembalikan hal tersebut kepada Kitabullah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasulullah S.a.w.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah an-Nisaa', ayat 59]


Menurut pendapat Imam ad-Dawudi, riwayat tersebut menyalah-gunakan nama Ibnu Abbas kerana cerita mengenai Abdullah bin Hudzafah itu adalah seperti berikut; "Ketika Abdullah marah kepada pasukannya, dia menyalakan unggun api dan memerintahkan pasukannya untuk terjun ke dalam api tersebut. Pada waktu itu, sebahagian di antara mereka menolak dan sebahagian lagi hampir melakukan apa yang diperintahkan."

Sekiranya ayat ini turun sebelum kisah Abdullah bin Hudzafah, mengapa ayat ini dikhususkan untuk mentaati Abdullah sahaja sedangkan pada yang lain tidak. Akan tetapi ayat ini turun selepas peristiwa tersebut, maka berdasarkan kepada hadits yang telah mereka ketahui, perkara yang wajib ditaati adalah di dalam perkara maaruf (kebaikan) dan tidak boleh dikatakan kepada mereka mengapa tidak taat.

Manakala menurut pendapat Ibnu Hajar, peristiwa Abdullah bin Hudzafah ini boleh dijadikan alasan munasabah berhubung sebab penurunan ayat ini (an-Nisaa' : 59) kerana di dalam kisah ini dituliskan adanya batasan untuk taat kepada pemimpin dan menolaknya dengan tidak terjun ke dalam api. Sesungguhnya pada waktu itu mereka memerlukan petunjuk dengan apa yang harus mereka lakukan.

Maka penurunan ayat ini (an-Nisaa' : 59) memberi petunjuk kepada mereka, apabila mereka berbantah-bantahan hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Menurut pendapat Ibnu Jarir, penurunan ayat ini (an-Nisaa' : 59) adalah berkenaan dengan Ammar bin Yasir yang melindungi seorang tawanan tanpa perintah dari panglimanya (Khalid bin al-Walid) sehingga mereka berselisih faham.

[Imam as-Suyuthi - Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.