Berita Terkini

Vatican City izinkan Amerika perangi IS demi Kristian Iraq

Obama and Pope Francis
Vatican memberikan persetujuannya kepada angkatan udara Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan terhadap ISIS / ISIL dengan alasan melindungi warga Kristian Iraq. 

Duta Besar Vatican ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Silvano Tomasi minggu ini menyokong serangan udara Amerika Syarikat yang ditujukan untuk menghalang pergerakan ISIS / ISIL, dengan mengatakan lakukan "campur tangan sekarang sebelum terlambat." 

"Tindakan ketenteraan mungkin diperlukan," kata Tomasi seperti dilaporkan oleh AFP (14/8/2014).

Dasar Vatican ini berbeza ketika Amerika Syarikat meminta izin untuk menggempur Iraq tahun 2003 dan rancangan serangan udara 2013 ke atas Syria. Ketika itu Vatican tidak bersetuju dengan serangan udara AS dengan alasan bimbang akan memburukkan lagi keadaan warga Kristian di sana. 

Sokongan tentera diperlukan untuk "menghentikan serigala memasuki kumpulan gembalaan untuk membunuh, memakan dan memusnahkan," kata Rabban Al-Qas, uskup di Amadiyah dari gereja Katolik Khaldea (aliran Katolik di kawasan Syria dan sekitarnya) kepada Radio Vatican.

Tomasi mendesak agar mereka yang membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan fundamentalis (ISIS / ISIL, red) dan negara-negara yang menyokongnya perlu diungkap. 

Sementara itu pemimpin Gereja Katolik Khaldea Louis Sako yang berpusat di Iraq meminta campur tangan tentera yang lebih luas oleh Amerika Syarikat. Alasannya, serangan udara AS hanya memberikan sedikit harapan boleh berjaya menghalang serangan ISIS / ISIL. Sako kecewa kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hanya memberikan bantuan tentera untuk melindungi Arbil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (10) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (93) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (36) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (192) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (60) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)
Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.