Berita Terkini

Kisah Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di lembah yang tandus

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Muhammad, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, telah menceritakan kepada kami Ma'mar, dari Ayyub As-Sukhtiyani dan Kasir ibnu Kasir ibnul Muttalib ibnu Abu Wida'ah (salah seorang dari keduanya memberikan tambahan atas yang lain) , dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas r.a yang menceritakan kisah berikut;

Gambarajah cara Haji

Wanita yang mula-mula memakai mintaq (ikat pinggang) di zaman dahulu adalah ibu Nabi Ismail. Dia sengaja memakai mintaq untuk menghilangkan kesan kehamilannya terhadap Sarah (isteri Nabi Ibrahim a.s yang masih belum punya anak). 

Kemudian Nabi Ibrahim membawanya pergi bersama anaknya Ismail (yang baru lahir), sedangkan ibunya menyusuinya. Lalu Nabi Ibrahim menempatkan keduanya berhampiran Baitullah, iaitu di bawah sebuah pohon besar di atas Zamzam, bahagian dari masjid yang paling tinggi. Waktu itu di Mekah masih belum ada seorang manusia pun, tiada pula setitis air. Nabi Ibrahim menempatkan keduanya di tempat itu dan meletakkan berhampiran keduanya sebuah kantung besar yang berisikan buah kurma dan sebuah wadah yang berisikan air minum. 

Kemudian Nabi Ibrahim pulang kembali (ke negerinya). Maka ibu Nabi Ismail mengikutinya dan bertanya, "Hai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi, sanggupkah engkau meninggalkan kami di lembah yang tandus dan tak ada seorang pun ini?" Ibu Nabi Ismail mengucapkan kata-kata ini berkali-kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak sekali pun berpaling kepadanya. Maka ibu Nabi Ismail bertanya, "Apakah Allah telah memerintahkan kamu melakukan hal ini?" Nabi Ibrahim baru menjawab, "Ya." Ibu Nabi Ismail berkata, "Kalau demikian, pasti Allah tidak akan mensia-siakan kami." 

Lalu ibu Nabi Ismail kembali (kepada anaknya), sedangkan Nabi Ibrahim berangkat meneruskan perjalanannya. Ketika dia sampai di sebuah celah (lereng bukit) hingga mereka tidak melihatnya, maka dia menghadapkan wajahnya ke arah Baitullah, kemudian memanjatkan doanya seraya mengangkat kedua tangannya, seperti yang disebutkan oleh firman-Nya;

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati......." [Surah Ibrahim : 37]

sampai kepada firman-Nya: 

"....... mudah-mudahan mereka bersyukur." [Ibrahim : 37]

Ibu Ismail menyusui anaknya dan minum dari bekal air tersebut. Lama-kelamaan habislah bekal air yang ada di dalam wadahnya itu, maka ibu Ismail merasa kehausan, begitu pula dengan Ismail. Ibu Ismail memandang bayinya yang menangis sambil meronta-ronta, lalu dia berangkat kerana tidak sanggup memandang anaknya yang sedang kehausan. Dia menjumpai Bukit Safa yang merupakan bukit terdekat yang ada di sebelahnya. Maka dia berdiri di atasnya, kemudian menghadapkan dirinya ke arah lembah seraya memandang ke sekitarnya, barangkali dia dapat menjumpai seseorang, tetapi ternyata dia tidak melihat seorang manusia pun di sana. 

Dia turun dari Bukit Safa. Ketika sampai di lembah bawah, dia mengangkat (menyingsingkan) baju kurungnya dan berlari kecil seperti berlarinya orang yang kepayahan hingga lembah itu dilalui olehnya, lalu dia sampai di Bukit Marwah. Maka dia berdiri di atas Marwah, kemudian menghadap ke arah lembah seraya memandang ke sekelilingnya, barangkali dia menjumpai seseorang, tetapi ternyata dia tidak melihat seorang manusia pun. Hal ini dilakukannya sebanyak tujuh kali. 

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa Nabi S.a.w pernah bersabda;

"Kerana itu, maka manusia melakukan sa'i di antara keduanya (Safa dan Marwah)."

Ketika ibu Ismail sampai di puncak Bukit Marwah, dia mendengar suatu suara, lalu dia berkata kepada dirinya sendiri, "Tenanglah!" Kemudian dia memasang pendengarannya baik-baik, dan ternyata dia mendengar adanya suara, lalu dia berkata (kepada dirinya sendiri), "Sesungguhnya aku telah mendengar sesuatu, nescaya di sisimu (Ismail) ada seorang penolong." 

Ternyata dia bersua dengan malaikat di telaga Zamzam, malaikat itu sedang menggali tanah dengan kakinya atau dengan sayapnya hingga muncul air. Maka ibu Ismail membuat kolam dan mengisyaratkan dengan tangannya, lalu dia mencedok air itu dengan kedua tangannya untuk dia masukkan ke dalam wadah air minumnya, sedangkan telaga Zamzam terus memancar setelah ibu Ismail selesai mencedoknya. 

Ibnu Abbas r.a. melanjutkan kisahnya bahawa Nabi Saw. pernah bersabda;

"Semoga Allah merahmati ibu Ismail. Sekiranya dia membiarkan Zamzam (atau tidak mencedok sebahagian dari airnya), nescaya Zamzam akan menjadi mata air yang mengalir."

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa setelah itu ibu Ismail minum air Zamzam dan menyusui anaknya. Maka malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah kamu takut disia-siakan, kerana sesungguh-nya di sini terdapat sebuah rumah milik Allah yang kelak akan dibangunkan oleh anak ini dan ayahnya. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan penduduk rumah ini." 

Tersebutlah bahawa rumah itu (Baitullah) masih berupa tanah yang menonjol ke atas mirip dengan timbunan tanah (bukit kecil); bila datang banjir, maka air mengalir ke sebelah kanan dan kirinya. 

Ibu Ismail tetap dalam keadaan demikian, hingga lalu kepada mereka serombongan orang dari kabilah Jurhum atau salah satu keluarga dari kabilah Jurhum yang datang kepadanya melalui jalur Bukit Kida. Mereka turun istirehat di bahagian bawah Mekah, lalu mereka melihat ada burung-burung terbang berkeliling (di suatu tempat), maka mereka berkata, "Sesungguhnya burung-burung ini benar-benar mengitari sumber air. Menurut kebiasaan kami, di lembah ini tidak ada air." 

Lalu mereka mengirimkan seorang atau dua orang pelari mereka, dan ternyata mereka menemui adanya air. Kemudian pelari itu kembali dan menceritakan kepada rombongannya bahawa di tempat tersebut memang ada air. Lalu rombongan mereka menuju ke sana. 

Ibnu Abbas r.a. melanjutkan kisahnya, bahawa ketika itu ibu Ismail berada berdekatan telaga Zamzam. Mereka berkata, "Apakah engkau mengizinkan kami untuk turun istirehat di tempatmu ini?" Ibu Ismail menjawab, "Ya, tetapi tidak ada hak bagi kalian terhadap air kami ini." Mereka menjawab, "Ya." 

Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, bahawa Nabi Saw. bersabda;

"Maka dengan kedatangan mereka, ibu Ismail merasa terhibur, kerana memang dia memerlukan teman."

Mereka tinggal di Mekah dan mengirimkan urusannya kepada keluarga mereka (di tempat asalnya), lalu mereka datang dan tinggal bersama ibu Ismail dan rombongan pertama mereka. 

Ketika di Mekah telah berpenghuni beberapa ahli bait dari kalangan mereka (orang-orang Jurhum), sedangkan pemuda itu (Ismail) telah dewasa dan belajar bahasa Arab dari mereka, ternyata peribadi Ismail memikat mereka ketika dewasanya. Setelah usia Ismail cukup matang untuk kahwin, lalu mereka mengahwinkannya dengan seorang wanita dari kalangan mereka. Tidak lama kemudian ibu Ismail wafat.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah : ayat 125 - 128]


Bersambung ke Kisah Nabi Ibrahim menguji menantunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.