Dikatakan, Iblis telah menemui Nabi Musa, dan dia berkata, "Wahai Musa, engkau adalah yang dipilih oleh Allah untuk membawa risalah-Nya dan Dia telah benar-benar berbicara denganmu, dan aku termasuk makhluk Allah yang berdosa, aku mahu bertaubat, maka tolonglah aku di sisi Tuhanmu Azza wa Jalla supaya Dia menerima taubatku!"
Maka Musa berdoa kepada Tuhannya, maka dikatakan, "Wahai Musa, engkau telah menyelesaikan hajatmu." Maka Nabi Musa menemui Iblis lalu berkata, "Bahawasanya kamu diperintah supaya sujud ke kubur Nabi Adam dan Dia akan terima taubatmu."
Maka Iblis menjadi sombong dan marah. Dia berkata, "Sedangkan ketika dia hidup aku tidak mahu sujud, apakah setelah dia mati aku perlu sujud?" Kemudian berkata lagi Iblis, "Wahai Musa, sesungguhnya engkau punyai hak kerana telah cuba menolongku di sisi Tuhan-mu, maka ingatlah kepadaku dalam 3 perkara dan aku tidak merosakkan melainkan pada perkara-perkara ini;
1. Ingatlah padaku ketika engkau marah, sesungguhnya wajahku ada dalam hatimu, dan mataku dalam dua matamu, dan aku mengalir padamu dalam tempat mengalirnya darah.
2. Ingatlah kepadaku ketika engkau bertemu musuh (dalam perang) kerana aku akan datang kepada anak Adam ketika dia bertemu musuh, aku mengingatkannya kepada anaknya, isterinya, dan keluarganya hingga dia berpaling (lari dari perang).
3. Dan apabila kamu duduk bersama wanita bukan mahram, maka aku adalah utusan kepadamu dan utusan kepadanya."
[Imam as-Suyuthi - Luqtul marjaan fii ahkaamil jaan, hal. 194 - 195]
* Luqtul marjaan fii ahkaamil jaan adalah kitab ringkasan dan tambahan ditulis oleh Imam as-Suyuthi dari kitab asal karangan Imam as-Syibli iaitu Akaamul marjaan fii ahkaamil jaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)