Berita Terkini

Ibu semua rakyat Palestine mesti dibunuh - Ahli Parlimen Israel

Ahli Parlimen Israel Ayelet Shaked
Seorang ahli politik dan parlimen Israel terkenal telah melabelkan warga Palestine sebagai pengganas, berkata, ibu-ibu kepada semua rakyat Palestine juga perlu dibunuh semasa serangan Israel yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza.

Ayelet Shaked dari parti ultra-nationalist Jewish Home mengatakan bahawa perlu disembelih semua ibu rakyat Palestine yang melahirkan "ular kecil."

"Mereka perlu mati dan rumah-rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas," kata Shaked kemudian menambah, "Mereka semua adalah musuh-musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang telah mati."

Kenyataan itu dianggap sebagai gesaan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine kerana beliau mengisytiharkan semua rakyat Palestine adalah musuh Israel dan mesti dibunuh. 

Kenyataan ini muncul apabila ramai pegawai dari pelbagai negara menyelar serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Turki adalah yang terbaru mengutuk serangan itu dan menuduh Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestine. 

Recep Tayyip Erdogan membidas Israel dan berkata negara mereka sedang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestine di rantau itu. Bercakap di Parlimen, beliau mempersoalkan sikap berdiam-diri dunia terhadap kekejaman berterusan Tel Aviv. 

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Shaked itu, Perdana Menteri Turki berkata dasar Israel di Gaza tidak berbeza dengan mentaliti Hitler. 

"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli parlimen Israel. Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" Erdogan bertanya. 

Kenyataan ini muncul apabila agensi PBB bagi pelarian Palestine baru-baru ini berkata, wanita dan kanak-kanak adalah sebilangan besar angka kematian rakyat Palestine disebabkan oleh serangan Israel ke atas rantau yang dikepung itu.

[pressTV]


p/s: Ya Allah, tunjukkan-lah lagi kepada dunia siapa sebenarnya Zionis ini. Biar mereka sendiri yang buka pekung mereka. Dan hantarlah bantuan-Mu terhadap mereka-mereka yang teraniaya .......

1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.