Berita Terkini

Hikmah iddah 4 bulan 10 hari bagi Wanita Kematian Suami

Hikmah iddah 4 bulan 10 hari bagi Wanita Kematian Suami
"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedangkan mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut (yang diluluskan oleh Syara'), dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui apa jua yang kamu lakukan." [Surah al-Baqarah : 234]

Sa'id ibnul Musayyab dan Abul Aliyah serta lain keduanya menyatakan bahawa hikmah penentuan 'iddah bagi wanita yang ditinggal mati suaminya adalah 4 bulan 10 hari, ialah kerana barangkali rahimnya telah terisi dengan kandungan. Untuk itu, apabila wanita yang berkenaan menunggu dalam 'iddahnya selama itu, bila ternyata kandungan-nya berisi, nescaya akan nampak.

Di dalam hadits riwayat Ibnu Mas'ud yang ada dalam kitab Shahihain dan kitab lain-nya disebutkan seperti berikut;

"Sesungguhnya penciptaan seseorang di antara kalian dihimpun dalam perut ibunya selama 40 hari berupa nutfah, lalu menjadi 'alaqah dalam masa yang sama (40 hari), kemudian beralih menjadi segumpal daging dalam masa yang sama, kemudian diutus padanya malaikat, lalu malaikat itu meniupkan roh ke dalam tubuhnya."

Ketiga-tiga 40 hari ini sama bilangan-nya dengan 4 bulan, dan adapun 10 hari yang selepasnya merupakan masa cadangan kerana adakalanya bilangan sebahagian bulan itu ada yang kurang genap. Selepas peniupan roh ke dalam janin, maka janin mulai bergerak menunjukkan tanda kehidupan.

Sa'id ibnu Abu Arubah meriwayatkan dari Qatadah yang pernah bertanya kepada Sa'id ibnul Musayyab, "Untuk apakah yang 10 hari itu?" Sa'id ibnul Musayyab menjawab, "Di masa itu dilakukan tiupan roh ke dalam tubuh janin."

Ar-Rabi' ibnu Anas pernah mengatakan, "Aku pernah bertanya kepada Abul Aliyah, "Mengapa 10 hari ini ditambahkan kepada 4 bulan?" Abul Aliyah menjawab, "Kerana digunakan untuk peniupan roh ke dalam tubuh janin." Kedua-dua atsar ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Baqarah, ayat 234]


Hikmah iddah yang lain lagi seperti yang dikeluarkan oleh JAKIM

- Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baru dikahwininya. 

- Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh 'iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.  Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.  [JAKIM]


p/s: Wanita yang kematian suami, yang sedang hamil, tempoh iddah-nya ialah sampai dia melahirkan anak, tak kira berapa lama.

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.