Berita Terkini

Peribadi bersih Abu Bakr as-siddiq sejak sebelum Islam

Peribadi bersih Abu Bakr as-Siddiq
Abu Bakr r.a lahir sekitar 2 tahun selepas Rasulullah S.a.w lahir. Dia membesar di kota Makkah. Dia tidak pernah keluar kota Makkah kecuali untuk berdagang. Abu Bakr adalah seorang yang terbilang kaya di antara kaumnya. 

Dia mempunyai jiwa yang mulia, gemar berbuat baik, dan banyak berjasa bagi kaumnya. Ibnu ad-Dughunnah pernah berkata kepada Abu Bakr r.a, "Sesungguhnya engkau adalah seorang yang selalu bersilaturrahim, berkata jujur, memikul beban orang lain, menolong mereka yang dalam kesulitan dan menghormati tamu."

Pada zaman jahiliyyah, Abu Bakr adalah seorang pembesar yang dihormati dan pemimpin musyawarah yang disayangi kaumnya. Dia juga seorang yang cerdas. Oleh kerana itu, ketika datang Agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.a.w, Abu Bakr lebih memilih Islam daripada keyakinan yang lain.

Peribadi yang bersih

Abu Bakr r.a tidak pernah mengucapkan syair sedikit pun di masa jahiliyyah atau masa Islam. Dia dan Utsman r.a tidak pernah minum khamr (arak). [1]  Abu Bakr telah mengharamkan khamr bagi dirinya sejak masa jahiliyyah. [2]

Ketika para sahabat Rasulullah S.a.w berkumpul, seorang bertanya kepada Abu Bakr, "Apakah kamu pernah minum khamr di masa jahiliyyah?" Abu Bakr menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari khamr." Kemudian seseorang bertanya, "Kenapa demikian?"  Abu Bakr menjawab, "Aku selalu menjaga harga diri. Orang-orang yang meminum khamr maka dia telah kehilangan harga dirinya." Lalu seorang sahabat menyampaikan perkara tersebut kepada Rasulullah S.a.w, kemudian baginda bersabda, "Sungguh benar apa yang dikatakan oleh Abu Bakr." Baginda mengucapkannya 2 kali. [3]

Abu Bakr berkulit putih, kurus, bentuk tubuhnya tidak terlalu lebar, sedikit bongkok, tidak boleh menahan pakaiannya turun dari pinggangnya, tulang-tulang wajahnya menonjol, kedua matanya cekung, keningnya menonjol, dan pangkal jari-jarinya datar. [4]


Rujukan:

1 - Ibnu Asakir dengan sanad Shahih dari Aisyah r.a.
2 - Abu Nu'aim meriwayatkan dengan sanad "jayyid" dari Aisyah r.a.
3 - Ibnu Asakir dari Abu Al-Aliyah Ar-Riyyahi. Hadits ini mursal al-Gharib dari segi matan dan sanad.
4 - Ibnu Sa'id dari Aisyah r.a.

[Imam as-Suyuthi - Tarikh al-Khulafa']

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.