Berita Terkini

Kodomoroid, Pembaca Berita android Pertama di dunia

Saintis Jepun memperkenalkan pengacara televisyen android pertama di dunia. Manusia android itu diberi nama Kodomoroid yang diambil dari bahasa Jepun Kodomo yang bermakna anak-anak dan android.

Kodomoroid, Pembaca Berita android Pertama di dunia

Kodomoroid ini boleh membaca berita tentang ramalan cuaca serta laporan tentang serangan hendap yang dilakukan FBI. Bukan itu saja, Kodomoroid ini juga mempunyai selera humor seperti manusia.

"Anda mula kelihatan seperti robot," katanya kepada Profesor Hiroshi Ishiguro (Profesor di Universiti Osaka), pencipta Kodomoroid.

Robot dengan kulit silikon dan otot tiruan itu telah ditunjukkan kepada pemberita di muzium Miraikan.

Dalam demonstrasi yang dilakukan, robot berkenaan mampu menggerakkan bibir ketika bercakap, mengangkat kening, berkelip, dan menggerakkan kepala serta tangan.

Kodomoroid ini juga ditemani oleh Otonaroid yang ertinya android dewasa. Namun, Otonaroid kelihatan gementar ketika diminta untuk memperkenalkan dirinya.


Dua manusia android itu akan bekerja di Muzium Nasional Sains dan Inovasi di Tokyo. Mereka akan berinteraksi dengan pengunjung untuk mengumpul data berkaitan kajian yang dilakukan Profesor Ishiguro iaitu reaksi manusia terhadap mesin.

"Kita akan punya lebih banyak lagi robot di masa yang akan datang," kata Ishiguro yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam mencipta robot.

Menurut beliau, Jepun menjadi pendahulu dalam penghasilan robot peneman manusia, namun menyatakan negara itu masih lagi di belakang Amerika Syarikat dalam penghasilan robot ketenteraan.

Ishiguro dikhabarkan mempunyai android versi dirinya yang dihantar ke luar negeri untuk memberikan kuliah. 

"Itu mengurangkan perjalanan perniagaan saya. Kemajuan ini ertinya robot boleh dilihat dan bertindak seperti manusia dan itu membuat kita berfikir tentang nilai diri kita," katanya.

"Robot kini semakin menjadi barangan yang mampu dimiliki sama seperti mempunyai komputer riba," ujar beliau lagi.


[Inquierer / Japan Times / AP / AFP]


p/s: Robot, apa risikonya terhadap kehidupan manusia? Lebih banyak kebaikan atau keburukan? 

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.